Pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas, Sabah

Norazliza Aziz, (2007) Pencemaran sampah sarap di Pantai Teluk Likas, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000250.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan pantai Teluk Likas merupakan kawasan rekreasi dan selalu dikunjungi oleh orang ramai. Kehadiran sampah sarap yang bertaburan di atas pantai menyebabkan nilai estetika di kawasan tersebut menurun. Maka, kajian ini dibuat bagi mengetahui tahap pencemaran sampah sarap marin di pantai Teluk Likas supaya pelbagai langkah boleh diambil bagi mengawal dan mengatasi masalah ini. Antara objektif kajian ini adalah menentukan peratusan jumlah keseluruhan bilangan dan berat sampah sarap di Pantai Teluk Likas serta peratus komposisinya mengikut jenis sampah sarap. Objektif yang kedua pula ialah membuat perbandingan secara temporal iaitu membandingkan peratusan bilangan dan berat sampah dengan hari bekerja dan hari cuti. Objektif terakhir ialah membuat perbandingan secara spatial iaitu membandingkan peratusan bilangan dan berat sampah antara stesen pensampelan. Kaedah kajian ini adalah melibatkan proses pengutipan sampah di kuadrat yang bersaiz 10m X 10m dan membawa sampah tersebut ke makmal untuk dibilas, dikeringkan, diasingkan, dikira dan ditimbang. Kemudian data di analisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excell dan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian ini mendapati jumlah bilangan keseluruhan sampah sarap marin yang telah dikutip di Teluk Likas adalah sebanyak 5256 item /100m² dan 101038.46 g/100m² bagi jumlah berat item. Sampah yang paling dominan di Teluk Likas adalah dari kategori plastik. Daripada perbandingan secara temporal pula, didapati hari cuti (17112/06) menunjukkan peratus bilangan sampah tertinggi, manakala peratusan berat pada hari bekerja (19/12/06) mencatatkan nilai tertinggi. Perbandingan secara spatial pula menunjukkan bilangan sampah di stesen dua adalah paling tinggi berbanding stesen lain. Manakala bagi berat sampah pula stesen tiga menunjukkan peratusan tertinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pollution, Likas Bay, Sabah, Beach pollution, Trash
Subjects: ?? GC1000-1023 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 08:17
Last Modified: 12 Oct 2017 07:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1087

Actions (login required)

View Item View Item