Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Keningau

Mohd Kurnia Mohd Isa, (2007) Geologi am dan kajian kestabilan cerun kawasan Keningau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000249.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan pedalaman Sabah iaitu di Daerah Keningau yang meliputi keluasan kira-kira 225 km². Kawasan kajian dibatasi oleh longitud 116°06' hingga 116°13 dan garis latitud 5°18' hingga 5°25'. Geologi am kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen hingga Miosen Awal dan endapan kuatemer yang berusia Kuatemari. Formasi Crocker terdiri daripada 4 unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit batu pasir berselang lapis dengan syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Analisis geologi struktur menunjukkan arah canggaan Timur Laut - Barat Daya. Sebanyak 2 cerun batuan dan 6 cerun tanah yang kritikal dipilih untuk kajian yang terperinci. Cerun-cerun batuan yang dikaji menunjukkan sifat kekuatan batuan sederhana kuat hingga amat kuat berdasarkan ujian beban titik dan ujian tukul pantulan Schmidt. Faktor-faktor utama yang mengakibatkan ketidakstabilan cerun batuan adalah kehadiran set-set ketakselanjaran yang kompleks akibat canggaan. Jenis kegagalan yang paling berpotensi di kawasan kajian adalah kegagalan satah dan terbalikan. Selain itu faktor yang menyebabkan ketidakstabilan cerun-cerun batuan adalah seperti geometri cerun yang tinggi dan curam serta kebolehtelapan batuan yang yang lebih rendah berbanding batu pasir yang lain. Cerun-cerun tanah menunjukkan nilai faktor keselamatan yang diandaikan berpotensi untuk gagal iaitu 0.88 bingga 1.31. Faktor lain yang menyebabkan ketidakstabilan cerun tanah adalah kebolehtelapan yang sangat rendah iaitu dari 5.791 x 10ˉ9 hingga 3.6043 x 10ˉ7 cm/s, kehadiran lempung dalam tanah, geometri cerun yang tinggi dan curam dan penutupan muka cerun yang buruk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Crocker formation, Quaternary deposits, Keningau, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 08:29
Last Modified: 12 Oct 2017 07:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1088

Actions (login required)

View Item View Item