Kesan inokulasi ke atas pertumbuhan dan basil kacang tanah (Arachis hypogaea L.) varieti bandau triplets

Nur Syazwani Baharin, (2008) Kesan inokulasi ke atas pertumbuhan dan basil kacang tanah (Arachis hypogaea L.) varieti bandau triplets. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002932.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di plot penyelidikan Makmal Ladang Teknologi Tumbuhan, Universiti Malaysia Sabah untuk mengkaji kesan inokulasi Rhizobium dan mikoriza ke atas pertumbuhan pokok dan penghasilan biji tanaman kacang tanah (Arachis hypogaea L. varieti Bandau Triplets). Tempoh masa penanaman adalah lebih kurang 100 han iaitu bermula dari 31 Disember 2007 sehingga 9 April 2008. Empat rawatan inokulasi diberikan kepada tanaman kacang tanah iaitu kawalan (pokok yang tidak diinokulasi dengan Rhizobium dan mikoriza), pokok yang diinokulasi dengan Rhizobium sahaja mikoriza sahaja dan pokok yang diinokulasi dengan Rhizobium dan mikoriza. Rekabentuk kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah rekabentuk rawak lengkap berblok (RCBD) dengan empat replikasi setiap rawatan. Persampelan pokok dilakukan pada sepanjang tempoh penanaman untuk pengukuran tinggi pokok dan parameter-parameter yang lain pada 90-110 hari selepas tanam iaitu pada peringkat lenggai matang. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaeang tanah yang diinokulasi dengan Rhizobium, mikoriza, dan gabungan kedua-dua inokulasi memberikan pertumbuhan yang positif ke atas pembintilan dan perkembangan daun, batang, akar, nodul dan hasil biji kaeang tanah. Namun, pokok yang diinokulasi dengan gabungan Rhizobium dan mikoriza meningkatkan dengan ketara ketinggian pokok (61.38 cm/pokok pada hari ke-84 selepas tanam), tumbesaran daun (22.80 g/pokok), pengeluaran akar (23.01 g/pokok), penghasilan nodul (40.53 mglpokok) dan hasil biji (6.00 g/pokok). Kajian ini menunjukkan bahawa gabungan kedua-dua inokulan Rhizobium dan mikoriza meningkatkan hasil biji sebanyak 2-3 kali ganda berbanding inokulasi lain. Para petani disarankan agar menginokulasi tanaman kaeang tanah terlebih dahulu dengan Rhizobium dan mikoriza sebelum penanaman untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil biji beang tanah ke tahap yang lebih baik

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Rhizobium, mycorrhizal inoculation, seed, groundnut
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Jul 2016 02:09
Last Modified: 25 Oct 2017 06:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10918

Actions (login required)

View Item View Item