Pengetahuan pedagogi konten guru sains sekolah rendah luar bandar Pantai Timur Negeri Sabah: Satu kajian kes

Mary Gambidau, (2012) Pengetahuan pedagogi konten guru sains sekolah rendah luar bandar Pantai Timur Negeri Sabah: Satu kajian kes. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
13Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkonsepsi PCK sains guru sains yang dikaji yang mengajar di sekolah rendah luar bandar pantai timur negeri Sabah. Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan (a) bagaimanakah guru sains novis mengajar dengan berkesan, (b) bagaimanakah guru sains bukan opsyen sains berpengalaman mengajar dengan berkesan, dan (c) bagaimanakah guru opsyen sains mengajar dengan berkesan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kajian secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai enam orang kes telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian tanpa ikut serta, temu bual semi berstruktur dan rekod dokumentasi. Data telah dianalisis menggunakan kaedah membanding beza untuk membentuk subtema dan tema yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru novis adalah bergantung kepada aktiviti dan contoh representasi yang terdapat dalam buku rujukan sains. Guru sains bukan opsyen sains berpengalaman menggunakan contoh aktiviti dalam buku teks sains dan contoh aktiviti lain yang difikirkan sesuai dari buku rujukan sains. Guru sains opsyen sains berpengalaman menggunakan pelbagai aktiviti dan representasi di luar daripada buku teks dan berdasarkan pengalaman guru. Ketiga-tiga kategori guru mempunyai konsepsi bahawa tujuan pengajaran sains adalah untuk mencapai objektif pembelajaran sains dalam HSP dan untuk tujuan peperiksaan; mempunyai pengetahuan bahawa SP, HSP dan buku teks sains adalah dokumen rasmi panduan melaksanakan kurikulum sains; menggunakan penilaian secara lisan dan bertulis daripada buku rujukan sains untuk menguji ingatan pelajar; pengetahuan tentang pelajar dari aspek pedagogikal; dan pengetahuan tentang sumber pengajaran sains.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:rural primary school, science teacher, teaching and learning
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10959
Deposited By:IR Admin
Deposited On:25 May 2015 15:26
Last Modified:25 May 2015 15:26

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository