Faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi dan toleransi etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak

Billy Anak Labau, (2013) Faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi dan toleransi etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
32Mb

Abstract

Kajian perbezaan sosial dan hubungan etnik melalui kegiatan berinteraksi dan bertoleransi merentasi kepelbagaian resambudaya etnik merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sosiologi. Pengalaman berinteraksi dan bertoleransl secara beradab dan bertatasusila ini bermula sejak anak-anak berada dalam institusi pendidikan formal. Kajian ini akan memberi tumpuan kepada memahami tahap perpaduan dalam masyarakat berbilang etnik terutama dalam masyarakat moden yang tinggal di kawasan bandar. Penduduk bandar sentiasa berpeluang untuk berinteraksi merentasi etnik sama ada secara formal atau tidak formal. Kajian ini berobjektifkan mengkaji pola dan tahap interaksi dan toleransi etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Bandaraya Kuching, Sarawak. Skala Jarak Sosial Bogardus (1925, 1926, 1927, 1931, 1947, 1956, 1966, 1968 dan 1974) yang mengukur jarak sosial dig una pakai bagi mengenal pasti ukuran tahap interaksi dan toleransl etnik. Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat dalam lingkungan usia antara 15-16 tahun yang mengikuti persekolahan menengah bantuan penuh kerajaan. Sampel kajian pula terdiri daripada 480 pelajar tingkatan empat dan sam pel Ini dipilih secara rawak sedia ada dari empat buah sekolah utama di Kuching. Sampel kajian melibatkan pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan etnik lban, Bidayuh, Melayu dan ana. Alat ukur soal selidik digunakan untuk mengumpul data meliputi item-item terpilih yang dibina untuk mengukur tahap interaksi dan toleransi etnik di sam ping data-data demografi. Kaedah analisis kuantitatif dengan statistik deskriptif, inferens, post-hoc dan multivariate digunakan dalam menganalisis data bagi tujuan memahami tahap interaksl dan toleransi etnik dalam kalangan sampel. Analisis digunakan untuk menguji sepuluh hipotesis kajian pada aras signifikan p<0.05. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecenderungan memilih pelbagai bentuk interaksi antara etnik dan tahap interaksi dan toleransi merentasi etnik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak adalah tinggi. Kecenderungan bergaul dan penerimaan pelbagai etnik dalam kegiatan harian tidak terbatas kepada etnik sendiri sahaja. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan etnik yang positif dalam kalangan generasi muda di Sarawak. Pengalaman hubungan etnik yang positif yang wujud ini seharusnya dipupuk secara berterusan menerusi pemerkasaan program dan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara etnik sejajar dengan wawasan pendidikan pelbagai masyarakat dan budaya di Malaysia.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:ethnic relation, interaction, tolerance, cultural tradition, ethnic diversity, sociology, formal educational institution
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:10961
Deposited By:IR Admin
Deposited On:25 May 2015 15:26
Last Modified:25 May 2015 15:26

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository