Pengaruh pertautan ibu bapa, rakan sebaya, dan pengalaman kedewasaan berkembang terhadap penyesuaian di universiti

Walton Wider, (2016) Pengaruh pertautan ibu bapa, rakan sebaya, dan pengalaman kedewasaan berkembang terhadap penyesuaian di universiti. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh pertautan ibu bapa.pdf

Download (28MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan pertautan ibu bapa dan rakan sebaya dalam konteks pelajar tahun pertama di universiti, dan bagaimana pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya ini mampu meningkatkan penyesuaian melalui pengalaman kedewasaan berkembang dalam perspektif penerokaan identiti. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji bagaimana status kedewasaan berfungsi sebagai penyederhana di antara pengalaman kedewasaan berkembang dan penyesuaian di universiti. Hubungan-hubungan ini diterangkan daripada persepktif perkaitan di antara teori pertautan Bowlby dan Ainsworth dan teori kedewasaan berkembang Arnett. Data kajian dikumpul daripada 568 pelajar tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2014/2015 melalui borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji-pengkaji lepas. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan model persamaan struktur Smart PLS Versi 2.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan ibu bapa, alienasi ibu bapa, kepercayaan rakan sebaya, dan komunikasi rakan sebaya mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pengalaman kedewasaan berkembang. Manakala, pengalaman kedewasaan bp.rkembang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, dan penyesuaian personal-emosi). Pengalaman kedewasaan berkembang didapati bertindah sebagai pengantara ke atas hubungan kepercayaan ibu bapa dan penyesuaian dalam aspek akademik, sosial dan personal-emosi; hubungan alienasi ibu bapa dan penyesuaian dalam aspek akademik, sosial, dan personal-emosi. Di samping itu, pengalaman kedewasaan berkembang juga bertindak sebagai pengantara ke atas hubungan komunikasi rakan sebaya dan penyesuaian dalam aspek akademik, sosial, dan personal-emosi. Kesan penyederhana status kedewasaan di antara hubungan pengalaman kedewasaan berkembang dan penyesuaian akademik juga ditemui di dalam kajian ini. Sumbangan hasil kajian secara teoritikal dan praktikal juga dibincangkan secara mendalam. Selain itu, kelemahan kajian juga diterangkan berserta dengan cadangan kajian pada masa hadapan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: parent, peer attachment, first year university students, adulthood experiences, university adjustment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Oct 2017 08:11
Last Modified: 27 Oct 2017 08:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10985

Actions (login required)

View Item View Item