Pemilihan dan penerimaan terhadap makanan di kafeteria Kolej Kediaman pelajar Universiti Malaysia Sabah

Siti Aminah Paiman, (2010) Pemilihan dan penerimaan terhadap makanan di kafeteria Kolej Kediaman pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000247.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan di kafeteria kolej kediaman; persepsi pelajar terhadap pemilihan dan penerimaan makanan di kafeteria; tahap pengetahuan pelajar mengenai pemakanan dalam piramid makanan. Kaedah soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dan melibatkan 400 responden yang terdiri daripada pelajar yang tinggal di dalam kampus UMS. Hasil kajian menunjukkan responden mendapati faktor harga makanan dan kepelbagaian sebagai faktor utama semasa membeli makanan di mana terdapat perhubungan yang signifikan (p<0.05) diperolehi di antara kafeteria kolej kediaman yang gemar dikunjungi dan sebab mereka memilih kafeteria tersebut. Faktor persekitaran yang turut mempengaruhi pemilihan dan pengambilan makanan pelajar seperti persembahan makanan, bunyi, wama dan pencahayaan di mana terdapat perhubungan yang signifikan (p<0.05) di antara factor tersebut dengan demografik seperti jantina. Majoriti pelajar berpendapat kurang bersetuju makanan yang disediakan di kafeteria sentiasa panas, saiz hidangan berpatutan dengan harga makanan dan sumber makanan yang digunakan berkualiti. Pelajar berpendapat pekerja di kafeteria kurang menitikberatkan kebersihan diri seperti kuku panjang dan memakai aksesori tangan serta tidak memakai kelengkapan seperti sarung tangan, penutup kepala, mulut, dan hidung semasa mengendalikan makanan. Tahap pengetahuan pelajar mengenai pemakanan dalam piramid makanan adalah dalam kategori baik iaitu skor di antara 8 hingga 11 markah daripada 15 markah penuh. Kesimpulannya, faktor yang menunjukkan perhubungan signifikan seperti harga makanan, kepelbagaian makanan, suhu makanan, dan kebersihan serta faktor persekitaran lain seperti bunyi, warna, pencahayaan mempengaruhi pemilihan dan penerimaan terhadap makanan di kafeteria kolej kediaman pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food consumption, Colleges' cafeteria, Food nutrition, University Malaysia Sabah
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 08:52
Last Modified: 12 Oct 2017 07:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1099

Actions (login required)

View Item View Item