Faktor-faktor risiko diabetes di kalangan ibu-ibu mengandung yang menerima rawatan di Hospital Likas

Oui, Pek Geik (2007) Faktor-faktor risiko diabetes di kalangan ibu-ibu mengandung yang menerima rawatan di Hospital Likas. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000002594.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian penyakit Diabetes Melitus Gestasi (DMG) telah dijalankan di Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O & G), Hospital likas, Kota Kinabalu untuk mengkaji faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan DMG di kalangan ibu-ibu hamil, melihat amalan pemakanan mereka dan mengkaji tahap pengetahuan para ibu terhadap penyakit DMG. 200 orang ibu-ibu hamil dari umur 18 tahun sehingga 46 tahun pada kandungan trimester I, II dan III telah dipilih dan hanya 41 orang dikenal pasti sebagai pesakit DMG. Responden-responden diberikan borang soal-selidik yang dibahagikan kepada 5 bahagian yang terdiri daripada sejarah demografi diri, antropometri (IJT), jadual ujian biokimia (UTGOT), sejarah perubatan responden, tabiat pemakanan dan pengambilan makanan. Pengambilan makanan dinilai dengan kaedah Ingatan Diet 24 Jam dan Kekerapan Pengambilan Makanan. Soal-selidik dilakukan dengan temubual bersemuka. Keputusan kajian menunjukkan 5 faktor adalah signifikan iaitu faktor IJT, x²(3, N = 41) = 15.098, p<0.05, DMG pada kandungan lepas, x²(1, N = 41) = 23.439, p<O.05, keguguran yang berulangan, x²(3, N = 41) = 12.286, p<0.05, kandungan polihidramnios. x²(1, N = 41) = 26.561, p<0.05, hubungkait sejarah diabetes keluarga dan julat umur, X²(4, N = 41) = 9.660, p<0.05. 8 faldor didapati tidak signifikan iaitu julat umur, X² (4, N= 41) = 6.195, p>0.05, sejarah diabetes keluarga, X²(1, N = 41) = 1.195, p>0.05, sejarah bayi makrosomia, x²(3, N =26) = 6.615, p>0.05, hubung kait faktor IJT dan julat umur, X²(12, N = 41) = 11.683, p>0.05, sejarah diabetes keluarga dan IJT, 12(3, N = 41) = 1.542, p>0.05, sejarah diabetes keluarga dan berat badan bayi, X²(3, N = 26) = 1.002, p>0.05, keguguran berulangan dan IJT, x²(3, N = 41) = 1.649, p>0.05, sejarah DMG berulang dan bayi makrosomia, 12(3, N = 26) = 3.467, p>0.05. Pengambilan tenaga ibu-ibu DMG dalam sehari ialah 20 orang (1000-1599 kcal), 13 orang (1600-2199 kcal), dan masing-masing 4 orang «1000 kcal dan> 2199 kcal). Tahap pengetahuan DMG di kalangan ibu-ibu didapati 98 orang mengatakan ya dan 102 orang tidak mengetahui tentang DMG. Kalangan ibu-ibu DMG pula didapati 20 orang mengatakan ya dan 21 orang mengatakan tidak mengetahui tentang DMG. Kesimpulannya, hanya 5 faktor risiko yang dikaji signifikan. Ibu-ibu hamil DMG tiada pengawalan yang tegas dalam pengambilan makanan kerana bertakunya pengambilan tenaga yang tertampau rendah dan makronutrien yang tidak seimbang dan tahap pengetahuan DMG di kalangan ibu-ibu adalah masih rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gestational Diabetes Mellitus (GDM), Obstetric and Gynecology, treatment, risk factors, food intakes, pregnant women, macronutrient intake
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Jun 2015 04:18
Last Modified: 25 Oct 2017 06:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11275

Actions (login required)

View Item View Item