Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Christine Michael, (2007) Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002595.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), khususnya dari aspek kekerapan pengambilan, jenis sayur dan buah yang kerap diambil, masa dan cara pengambilan, dan faktor pengambilan. Borang kekerapan pengambilan makanan (FFO) merupakan borang utama yang digunakan, dan seramai 250 orang pelajar yang berumur antara 19-25 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa hanya 44.8% daripada 250 orang pelajar memenuhi saranan pengambilan harian bagi sayur-sayuran manakala hanya 35.2% sahaja yang mengambil buah-buahan mengikut saranan pengambilan. Saranan pengambilan bagi sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut piramid makanan adalah 3-5 sajian setiap hari. Sayur kubis bulat merupakan sayur yang paling kerap diambil manakala buah yang paling kerap diambil adalah buah epal. Waktu pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipilih oleh kebanyakan pelajar adalah pada waktu makan tengah hari. 83.6% daripada pelajar menggemari sayur yang dimasak secara gorengltumis manakala cara pengambilan buah yang paling digemari oleh 98.0% daripada pelajar adalah buah yang segar dan masak. Seramai 94 orang pelajar menyatakan bahawa faktor bagi pengambilan sayur adalah kebiasaan terhadap pengambilan sayur sejak kecil manakala faktor suka makan buah merupakan sebab bagi 136 orang pelajar untuk mengambil buah. Halangan utama bagi mendapatkan sayur di dalam kampus adalah cara masakan sayur yang tidak digemari. Bagi haJangan pengambilan buah, seramai 98 orang pelajar menyatakan buah yang dikehendaki tidak dijual. Kesimpulannya, penekanan terhadap saranan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diberikan di samping memastikan bahawa pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat dipertingkatkan melalui penyediaan pilihan dalam pengambilan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fruit, vegetable, intake, student, FFQ
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Jun 2015 04:14
Last Modified: 25 Oct 2017 06:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11276

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository