Pembangunan bebola belinjo bersalut cokolat

Nurhusaini @ Norlela Husain, (2005) Pembangunan bebola belinjo bersalut cokolat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002607.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan bebola belinjo bersalut cokolat. Dalam latihan ini. sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan. Ujian pemeringkatan dijalankan dengan menggunakan kaedah Kramer bagi memilih 4 formulasi yang terbaik iaitu produk F5. FB. F10 dan juga F11. Bagi ujian skala hedonik. hasil keputusan yang diperolehi menunjukkan produk F11 merupakan formulasi yang paling diterima dan disukai oleh pengguna berdasarkan parameter kerangupan. kernanisan, stertsste dan juga penerimaan keseluruhan di mana produk F11 terdiri daripada 50% emping belinjo, 30% sirap glukosa, 15% madu dan 5% cokolat hitam. Melalui analisis proksimat, kandungan protein dalam produk adalah sebanyak 3.80% ±0.62, kandungan lemak sebanyak 35.4% ± 0.48, kandungan air sebanyak 2.43% ±0.47, kandungan abu sebanyak 0.33% ±0.03. kandungan serabut kasar sebanyak 0.15% ±0.01 dan kandungan karbohidrat sebanyak 57.9%. Bagi penentuan ujian mutu simpanan produk, selepas melalui ujian mikrobiologi selama 6 minggu berturut-turut. keputusan menunjukkan produk hanya dapat bertahan selama 3 minggu pada suhu bilik dengan pembungkusan aluminium foil di dalam bekas plastik polypropylene.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Belinjo ball coated, chocolate, product development
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Aug 2015 04:16
Last Modified: 25 Oct 2017 07:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11523

Actions (login required)

View Item View Item