Perbandingan kadar hakisan tanih berdasarkan model Universal Soil Loss Equation (USLE) dan Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE) di daerah Tuaran

James Anak Anthony Collin, (2012) Perbandingan kadar hakisan tanih berdasarkan model Universal Soil Loss Equation (USLE) dan Revised Universal Soil Loss Equation (RUSLE) di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Hakisan tanih merupakan masalah alam sekitar yang serius yang mengganggu kemampanan kawasan pertanian dan ekosistem. USLE (Universal Loss 5011 Equation) dan RUSLE (Revised Universal Soil Loss Equation) merupakan model emprikal yang digunakan untuk penganggaran purata tahunan kadar hakisan tanih di kawasan daerah Tuaran, Sabah. Luas kawasan kajian meliputi 46,537.72 hektar dan data hujan telah diana lisa untuk tempoh 11 tahun (1997-2008) dengan menggunakan interpolasi Poligon Thiessen dalam GIS. Nilai Faktor kebolehakisan tanih (K) dikira berdasarkan BS 1377 dan carta pengelasan segitiga United States Department of Agriculture (USDA). Penentuan nilai bagi faktor penanaman dan pengurusan (C) dan faktor amalan kawalan hakisan (P) diekstrak melalui analisis dalam perisian Remote Sensing (Erdas Imagine 9.2) dan nilai untuk setiap faktor tersebut ditentukan berdasarkan kajian lepas. Faktor panjang dan kecuraman cerun (LS) pula dikira dengan menggunakan perisian ArcGIS 9.2 dalam Spatial Analyst tool. Jumlah kehilangan tanih tahunan yang diperolehi berdasarkan Model USLE bersamaan 3,256,272 tan/ha/tahun berbeza dengan Model RUSLE iaitu 4,767,663 tan/ha/tahun. Hasil kajian mendapati bahawa jenis gunatanah kawasan bandar dan bersekutu merupakan penyumbang tertinggi kepada kejadian hakisan tanah di kawasan kajian. Kajian ini penting untuk menggambarkan keadaan hakisan tanah yang intensif di kawasan kajian dan memberi idea bahawa hakisan tanih adalah masalah yang serius dan memerlukan perhatian dari pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak Majlis Tempatan. Hasil daripada kajian ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan sistem pengurusan tanah di kawasan kajian.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:soil erosion, Universal Soil Loss Equation, Revised Universal Soil Loss Equation), Tuaran, Polygon Thiessen interpolation, GIS
Subjects:S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:11538
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 Aug 2015 12:19
Last Modified:20 Aug 2015 12:19

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository