Kajian hayat penyimpanan rebung segar (Bambusa vulgaris) yang dirincik

Chee, Shwu Fen (2007) Kajian hayat penyimpanan rebung segar (Bambusa vulgaris) yang dirincik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002611.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Satu kajian soal selidik telah dijalankan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah untuk memahami lebih mendalam tentang pengendalian lepas tual rebung segar yang di jual di pasaran. Seramai 15 respondens telah dipilih secara rawak dan pasar besar Kota Kinabalu, Gerai Tamu Donggongon, Pasar Menggatal dan Tamu Menggatal. Kajian berkenaan dengan hayat penyimpanan rebung segar juga dijalankan. Rebung segar (Bambusa vulgaris) dibeli dan dibungkus menggunakan 2 jenis beg plastik iaitu PE dan PP. Suhu penyimpanannya pula adalah pada suhu bilik (30 ±2ºC) dan 5ºC. Rebung segar yang disimpan pada suhu bilik (30 ±2ºC) dikaji setiap hari pada minggu penyimpanan yang pertama sahaja, mana kala bagi sampel rebung yang disimpan pada 5ºC, sampel ini dikaji setiap hari pada minggu penyimpanan yang pertama, selang 2 hari pada minggu yang ke-2 dan ke-3 dan sekali sahaja pada akhir minggu yang ke-4. Didapati pada suhu penyimpanan bilik (30 ±2ºC), kehilangan berat bagi rebung yang disimpan dalam beg plastik PE dan PP masing-masing ialah 0.83 ±0.23 % dan 0.75 ±0.32 %. Kehilangan berat bagi rebung pada 5ºC pula ialah 0.51 ±0.27 % dan 0.44 ±0.22 % masing-masing bagi rebung yang disimpan dalam beg plastik PE dan PP. Perubahan bagi rebung yang disimpan dalam beg plastik PP juga adalah lebih kecil dalam aspek warna, di mana rebung yang disimpan pada suhu bilik (30 ± 2ºC) mengalami perubahan warna yang nyata pada hari penyimpanan yang ke-2 manakala pada 5ºC pula pada hari penyimpanan yang ke-17. Rebung yang disimpan dalam beg plastik PE mengalami perubahan warna yang lebih serius di mana perubahan warna yang nyata pada suhu bilik (30 ±2ºC) berlaku pada hari penyimpanan yang ke-2 dan pada 5ºC pula ialah pada hari penyimpanan yang ke-15. Hayat penyimpanan rebung berdasarkan pengiraan jumlah plat (TPC) bagi bakteria pada suhu bilik (30 ±2ºC), dibungkus dalam beg plastik PE dan PP adalah terhad kepada 1 hari penyimpanan sahaja. Manakala, hayat penyimpanan bagi rebung yang disimpan pada 5ºC adalah 5 hari untuk rebung yang dibungkus dalam beg plastik PE dan >28 hari penyimpanan bagi rebung yang dibungkus dalam beg plastik PP. Pengiraan bagi yis dan kulat pula, mempunyai hayat penyimpanan yang sama bagi 4 sampel rebung yang disimpan pada suhu bilik dan 5ºC dalam beg plastik PE dan PP, iaitu sehari sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: postharvest handling, bamboo shoot, storage temperatures, shelf life, plastic bag
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Aug 2015 04:14
Last Modified: 27 Oct 2017 01:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11557

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository