Penghasilan kordial bayam merah

Hasrul Hafiz Mohd Saleh, (2005) Penghasilan kordial bayam merah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002614.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk membangunkan produk kordial berasaskan sayur-sayuran di mana bayam merah yang matang dipilih. sebanyak 12 formulasi kordial bayam merah dihasilkan dengan pengubahsuaian parameter perahan jus bayam merah, gula dan air suling dan 4 formulasi terbaik dipilih berdasarkan kepada ujian sensori dan fizikokimia iaitu formulasi F2, F4, F7 dan F10. Analisis fizikokimia yang dijalankan termasuklah jumlah pepejal larut (ºBrix), asid askorbik, pH dan peratus keasidan. Ujian hedonik dilakukan untuk penilaian sensori dalam atribut kemanisan, kemasaman, rasa, aroma dan penerimaan keseluruhan dengan menggunakan 30 ahli panel tidak terlatih daripada pelajar UMS terhadap formulasi terbaik itu. Sampel F2 mepunyai nilai skor min yang paling tinggi untuk atribut rasa, aroma, ,kemanisan, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Sampel berkod F2 menggunakan 45.15% perahan lobak merah, 35.15% gula dan 11 .58% air suling, 0.8% asid sitrik 50%, 0.35% sodium benzoat 20%, 0.4% gam xanthan, 0.17% agen pengeruh dan 0.1% asid askorbik. Ujian fizikokimia menunjukkan bahawa sampel itu yang disimpan selama selama 6 minggu mencatatkan julat pH antara 3.64-3.65, peratus keasidan antara 0.46-0.55, jumlah pepejal larut antara 47 49ºBrix dan kandungan asid askorbik antara 45.4-47. Kesemua sampel kordial bayam merah menunjukkan tempoh mutu simpanan melebihi 6 minggu setelah ujian mikrobiologi dijalankan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cordial, vegetables, ripe spinach, product development
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 Aug 2015 04:10
Last Modified: 27 Oct 2017 01:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11560

Actions (login required)

View Item View Item