Aplikasi GIS untuk pengurusan operasi ladang kelapa sawit: Kajian kes Ladang Dumpas, Tawau, Sabah

Ahmat Yappe, (2012) Aplikasi GIS untuk pengurusan operasi ladang kelapa sawit: Kajian kes Ladang Dumpas, Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
14Mb

Abstract

Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dengan pengukuhan struktur pangkalan data dapat menjadikan data sedia ada yang diurus menjadi lebih berfokus serta lebih efisyen ke arah memantapkan capaian data. Pengintegrasian dan penganalisisan data berasaskan pengurusan data dalam bentuk yang berstruktur dapat menghasilkan data yang mempunyai kepersisan yang baik dan dihasilkan mengikut keperluan untuk digunakan membantu meningkatkan ketepatan dalam membuat keputusan pengurusan operasi ladang. Fenomena-fenomena tanah runtuh, banjir dan sekiranya berlaku perubahan polisi seperti sistem penampanan bagi kawasan sensitif dapat dipantau dan diurustadbir dengan berkesan menggunakan aplikasi GIS. Aplikasi teknologi maklumat geografi dalam sistem pengurusan operasi ladang seperti Ladang Dumpas dapat berfungsi ke arah meningkatkan kecekapan dalam proses membuat keputusan pengurusannya dengan menggunakan sistem ini. Kajian ini menumpukan kepada pengemblingan data-data ladang bermula dengan data persekitaran geografi fizikalnya, penggunaan guna tanahnya sehinggahlah kepada pendekatan sistem pengurusan operasinya telah dibincangkan secara holistik. Teknik ModelBuilder™ dalam aplikasi GIS digunakan untuk menganalisis dan mengintegrasi data-data primer dan sekunder yang diperolehi. Data-data tersebut terdiri daripada data topografi, asosiasi tanah, gunatanah, laporan band dan rekod-rekod operasi harian ladang. Kepersisan data dan maklumat yang dihasilkan dalam kajian telah berjaya dipaparkan dalam bentuk kartografi yang mudah difahami serta dapat berfungsi sebagai komunikasi visual berlandaskan teori semiotik yang digunakan dalam peta tematik. Dapatan kajian menggunakan pemetaan geospatial telah menghasilkan pemetaan taburan penanaman, taburan asosiasi tanah, pengkelasan darjah kecerunan, pengekalan dan pemuliharaan berdasarkan reparian sungai dan kecerunan serta pemetaan Sistem Tuaian 12 Hari dapat dijadikan sebagai indikator penting dalam memantapkan pengurusan operasi ladang kelapa sawit di kawasan Ladang Dumpas.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:geographic information system (GIS), database structure, strengthen data access, data management, accuracy, estate operations management, decision making
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:11577
Deposited By:IR Admin
Deposited On:02 Sep 2015 17:15
Last Modified:02 Sep 2015 17:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository