Cerpen-cerpen WADAH (1986-2013): satu analisis struktural

Norsuhaila Sulaiman, (2016) Cerpen-cerpen WADAH (1986-2013): satu analisis struktural. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Cerpen-cerpen WADAH.pdf

Download (19MB) | Preview

Abstract

WADAH terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah (DBPCS) mula beroperasi pada tahun 1986. Dalam tempoh tersebut sehingga 2013, terdapat 243 buah cerpen yang dihasilkan oleh 116 orang penulis muda dan veteran yang telah menyumbangkan cerpen. Oleh kerana belum terdapat kajian secara berfokus berkenaan cerpen-cerpen dalam WADAH, kajian ini bertujuan untuk memetakan tema dan struktur cerpen yang diterbitkan dalam WADAH bagi melihat tema dan bentuk yang mendominasi WADAH. Pemilihan teori struktural digunakan untuk menganalisis cerpen kerana unsur intrisik seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandang dan gaya bahasa mampu memperlihatkan kekuatan atau kelemahan sesebuah cerpen. Kajian mendapati hanya 31 buah cerpen dalam WADAH yang telah memenangi Hadiah Sastera Sabah namun belum pernah menembusi hadiah di peringkat kebangsaan. Sehubungan itu, kajian ini begitu penting untuk memenuhi kelompangan kajian cerpen di Sabah dan memberi input kepada pihak DBPCS dalam memilih karya cerpen yang bermutu dan berkualiti. Selain itu, ia menjadi panduan kepada penulis-penulis Sabah untuk memperbaiki karya mereka pada masa akan datang. WADAH seharusnya melakukan anjakan paradigm agar kredibiliti majalah tersebut lebih bernilai tinggi sejajar dengan fungsinya sebagai platform paling ampuh untuk penerbitan cerpen di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS), WADAH, short stories
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:38
Last Modified: 24 Oct 2017 03:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11600

Actions (login required)

View Item View Item