Implikasi kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja dan pengajaran berkesan guru terhadap prestasi peperiksaan pelajar sekolah menengah luar bandar di Sarawak

Usang Anak Ngrambang, (2012) Implikasi kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja dan pengajaran berkesan guru terhadap prestasi peperiksaan pelajar sekolah menengah luar bandar di Sarawak. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
27Mb

Abstract

Tumpuan kajian berkaitan dengan implikasi kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja dan pengajaran berkesan guru terhadap prestasl peperiksaan. Teori Kepemimpinan pengajaran pengetua Hallinger dan Murphy, Dwyer, dan Weber, Teori kepuasan kerja ialah Teori Oua Faktor dan Model Pengajaran guru berkesan Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Feldman, Grasha dan Good dan Brophy digunakan sebagai platform utama dalam kajian ini. Kaedah kajian tinjauan ini melibatkan 880 sampel dalam kalangan guru. Instrumen yang digunakan lalah soalselidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu ciri demografi, skala prestasi peperiksaan, skala kepemimpinan pengajaran pengetua, skala kepuasan kerja guru guru dan skala pengajaran berkesan guru. Analisis skor min, analisis univariat (ANOVA) dan pelbagai (korelasi Pearson, analisis regresi pelbagai dan analisis laluan) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Keputusan ujian menunjukkan tahap kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja guru, pengajaran berkesan guru dan prestasi peperiksaan berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian min menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan kepuasan kerja guru dengan prestasi peperiksaan berdasarkan ciri-ciri demografi tetapi sebaliknya terdapat perbezaan skor min yang tidak signifikan kepemimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran berkesan guru berdasarkan ciri-ciri demografi dalam kalangan responden. Keputusan korelasi (r) menunjukkan terdapatnya positif dan negatif yang signifikan dan tidak signifikan antara variabel kajian kalangan responden kajian. Selanjutnya keputusan regresi linear dan pelbagai juga menunjukkan terdapat implikasi yang signifikan dan tidak signifikan antara variabel bersandar dengan prestasi peperiksaan. Selain itu, keputusan analisis laluan yang dilakukan juga menunjukkan model asal yang dibangunkan tidak sepadan dengan data sampel kajian tetapi setelah model modifikasi dilakukan menunjukkan model baru yang dibentuk adalah sepadan dengan data sampel kajian. Seterusnya terdapat hubungan secara langsung dan tidak langsung yang signifikan kepemimpinan pengajaran pengetua, kepuasan kerja guru dan pengajaran berkesan guru dengan prestasi peperiksaan.Kekuatan hubungan langsung dan tidak langsung didominasikan oleh kepuasan kerja guru terhadap prestasi pepertksaan. Justeru cadangan daripada keputusan ini, variabel tersebut perlu diberi tumpuan dalam peningkatan prestasi peperiksaan di sekolah menengah luar bandar.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:leadership, principals, job satisfaction, teaching effectiveness, academic achievement, leadership theory
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:11607
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Aug 2015 17:37
Last Modified:24 Aug 2015 17:37

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository