Matematik kabur digunakan dalam menilai aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah di sekitar Kota Kinabalu

Nurfarah Nadia Hambali, (2010) Matematik kabur digunakan dalam menilai aspek afektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002623.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Matematik kabur telah lama digunakan di dalam bidang pendidikan namun implimentasinya dalam bidang ini tidak begitu ketara oleh masyarakat. Dalam disertasi ini, kajian-kajian terdahulu mengenai penggunaan matematik kabur dalam bidang pendidikan dimasukkan. Aplikasi matematik kabur diperkenalkan dalam menilai aspek afektif guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga jenis aspek afektif guru yang terlibat dalam kajian ini iaitu guru jenis tegas dalam pemberian markah, guru jenis baik hati dalam pemberian markah dan guru jenis normal. Subjek yang dipilih untuk kajian ini ialah subjek Bahasa Inggeris dan bilangan soalan yang perlu disemak oleh setiap guru adalah lima soalan. Satu matriks gred markah dibuat sebelum sampel data dianalisis. Kajian ini menggunakan konsep purata dimana markah yang diberikan oleh guru akan dibandingkan berdasarkan kertas jawapan pelajar. Dalam erti kata lain, kajian terhadap aspek afektif guru dilakukan menggunakan konsep purata sementara dan jumlah purata menggunakan markah-markah yang telah diberikan oleh guru. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah sekitar Kota Kinabalu adalah merupakan guru yang tegas dalam pemberian markah kepada pelajar. Kesimpulannya, disertasi ini memberi gambaran tentang penggunaan matematik kabur yang dapat diimplementasikan ke dalam bidang pendidikan. Bukan itu sahaja, hal ini secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah dalam menilai aspek afektif guru secara lebih berhemah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: mathematics, primary school, teaching and learning, giving marks, strict-type, normal-type, lenient-type, English subject
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:16
Last Modified: 27 Oct 2017 01:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11617

Actions (login required)

View Item View Item