Peneutralan saliran asid lombong menggunakan cengkerang laut Perna viridis dan Polymesoda expansa

Widada Amir, (2010) Peneutralan saliran asid lombong menggunakan cengkerang laut Perna viridis dan Polymesoda expansa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002648.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Keupayaan cengkerang laut untuk merawat air dari saliran asid lombong ditentukan dengan menggunakan dua spesies cengkerang laut iaitu Perna viridis dan Polymesoda expansa. Saliran asid lombong diambil dari Lombong Tembaga Mamut,Ranau, Sabah. Kaedah peneutralan dibuat menggunakan sebuah reaktor rawatan yang telah direkabentuk. Kajian yang dibuat merangkumi perubahan pH, kepekatan logam berat dan morfologi permukaan cengkerang bagi membandingkan data yang diambil sebelum dan selepas rawatan. Pemonitoran perubahan pH dilakukan selama 7 hari. Kaedah Spektroskopi Pelepasan Atom Berpasangan (ICP-OES) digunakan untuk mengesan perubahan kepekatan logam berat manakala perubahan morfologi permukaan cengkerang dilihat menggunakan kaedah Mikroskop Elektron Imbasan (SEM). Analisis menunjukkan kedua-dua spesies cengkerang mampu meningkatkan pH saliran asid lombong. Bagi P. viridis peningkatan pH adalah dari pH 2.64 kepada 7.75 dan P. expansa dari pH 2.64 kepada 4.18 selepas 7 hari rawatan dijalankan. Ini menunjukkan P. viridis lebih berkesan untuk meneutralkan saliran asid lombong berbanding P. expansa. Selain itu, kepekatan logam berat iaitu aluminium menunjukkan pengurangan sebanyak 99.7% untuk P. viridis manakala P. expansa sebanyak 39.2% selepas rawatan. Di samping itu pemerhatian terhadap perubahan morfologi permukaan cengkerang menunjukkan hakisan telah berlaku di akhir rawatan disebabkan tindak balas antara kalsium karbonat dan asid dari saliran asid lombong.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Perna viridis, Polymesoda expansa, marine shells, acid mine drainage, Inductively Coupled Plasma-Optical Emission Spectrometry (ICP-OES), Scanning Electron Microscope (SEM), surface of shells
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 10 Jul 2017 03:14
Last Modified: 27 Oct 2017 01:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11671

Actions (login required)

View Item View Item