Sumber - sumber dan taburan semasa koliform najis dan jumlah koliform di Sungai Likas

Salina Nor Azam, (2010) Sumber - sumber dan taburan semasa koliform najis dan jumlah koliform di Sungai Likas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002651.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis taburan semasa koliform najis dan jumlah koliform serta mengenal pasti punca - punca yang membawa kepada pencemaran najis di dalam Sungai Likas. Bacaan parameter - parameter in - situ juga diambil untuk mengkaji perhubungan antara taburan koliform najis dan koliform jumlah. Sampel air telah diambil di lapan lokasi dengan replikasi sebanyak tiga kali. Parameter in - situ seperti pH, suhu, kemasinan, kekonduksian dan oksigen terlarut diambil. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah penurasan membran. Pad penyerap diletakkan pada piring petri. larutan membrane Lauryl Sulphate Brotdititiskan pada pad penyerap. Sampel 100 ml ditapis dengan penapis membran. Akhirnya, piring petri dieram di dalam alat pengeraman pada suhu 37°C bagi koliform jumlah dan 44°C bagi koliform najis selama 12 jam. Analisis mendapati lokasi bagi L3 sehingga L5 menyumbang kepada punca pencemaran. lokasi tersebut merupakan kawasan perkampungan air. Parameter - parameter in - situ seperti suhu dan oksigen terlarut didapati mempengaruhi bilangan bakteria koliform. Parameter seperti pH, kemasinan dan kekonduksian tidak menunjukkan perkaitan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: feacal coliform, total coliform, Likas River, bacteria present, absorbent pad
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:50
Last Modified: 27 Oct 2017 01:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11683

Actions (login required)

View Item View Item