Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti dunia siber

Mohd Dahlan A. Malek, and Ida Shafinaz Mohamed Kamil, (2010) Jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja: cabaran dan realiti dunia siber. In: Program Jenayah Cyber dan Isu Pemerdagangan manusia di Malaysia, 26 Aug 2010, Resital Hall, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62Kb

Abstract

Dunia siber kini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia moden. Ia memainkan peranan penting dan banyak mengubah pelbagai aspek kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, dunia siber bukan sahaja memberi kesan yang positif, malah boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja yang mudah terdedah kepada pelakuan jenayah. Kajian yang dijalankan oleh David S.Wall (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan internet dengan jenayah yang berlaku dewasa ini. Antara perlakuan jenayah serta masalah sosial yang melibatkan remaja adalah seperti pornografi, penipuan, pelacuran, penyeludupan, peras ugut, pelaburan haram, aktiviti seks bebas, rogol, mencabul kehormatan, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Kertas kerja ini meninjau penglibatan remaja dalam jenayah serta masalah sosial yang berkaitan dengan dunia siber ini samada sebagai pelaku mahupun mangsa. Tiada jalan singkat bagi menangani masalah jenayah dan masalah sosial di kalangan remaja, melainkan memerlukan pembabitan semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan. Pendekatan psikologi dan pelaksanaan undang-undang juga boleh membantu dalam menangani permasalah ini di samping program dan aktiviti yang telah dilaksanakan seperti mengadakan program Bina Insan, Remaja Sihat Tanpa Aids (Prostar) dan juga penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di sekolah seluruh negara. Walau apapun program dan tindakan yang diambil, sokongan dan tanggungjawab bersama di kalangan ahli masyarakat amat perlu bagi menangani masalah ini.

Item Type:Conference Paper (UNSPECIFIED)
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
ID Code:117
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Oct 2010 22:18
Last Modified:27 Jan 2011 09:04

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository