Etnomatematik kepada etno-pengkomputeran: Kewujudan geometri dalam batik Jawa Indonesia

Dayang Atiqah Abang Alli Abdul Rahman, (2010) Etnomatematik kepada etno-pengkomputeran: Kewujudan geometri dalam batik Jawa Indonesia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002680.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aplikasi geometri yang wujud pada corak kain tradisional batik Indonesia. Data diperolehi dari buku rujukan dan internet. Kajian ini hanya tertumpu kepada corak batik Jawa di Indonesia. Perisian komputer Adobe Illustrator CS2 digunakan untuk melakar corak dan corak geometri dikaji menggunakan perisian Inkscape. Corak geometri dikaji melalui transformasi geometri seperti translasi, pantulan, dan putaran. Kajian ini juga melihat jika corak batik tergolong dalam 17 kumpulan simetri Wallpaper. Transformasi fraktal dan struktur geometri pada batik juga dikaji. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak batik Jawa Indonesia jelas menunjukkan terdapatnya pengaplikasian matematik dengan menentukan geometri pada corak menggunakan aplikasi komputer.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: batik patterns, Jawa, Adobe Illustrator CS2, Inkcape, geometrical application, mathematical application
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:47
Last Modified: 27 Oct 2017 02:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11712

Actions (login required)

View Item View Item