Kajian penjanaan sisa pepejal di Tuaran dan komposisi beg plastik dalam sisa pepejal Tuaran

Anzella Juwilin Kuin, (2010) Kajian penjanaan sisa pepejal di Tuaran dan komposisi beg plastik dalam sisa pepejal Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002681.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang penjanaan sisa pepejal perbandaran (SPP) dijalankan di tapak pelupusan Kayu Madang dengan mengambil sampel daripada daerah Tuaran Sabah. Kajian di jalankan selama tiga bulan berturut-turut iaitu daripada bulan Disember 2009, Januari 2010 dan Februari 2010. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan berat purata SPP daripada daerah Tuaran. Objektif seterusnya adalah untuk mendapatkan berat purata beg plastik daripada SPP Tuaran. Berdasarkan data yang diperolehi daripada dua objektif sebelum ini, penjanaan dan anggaran penggunaan kawasan tapak pelupusan oleh SPP Tuaran dan sisa beg plastik ditentukan. Sebanyak 0.78 m³ SPP diambil daripada keseluruhan berat SPP daripada daerah Tuaran. jumlah Ini dikenali sebagal Sampel A. Kemudian, sebanyak 0.288 m³ SPP diambil daripada sampel dan ditimbang. Bagi mendapatkan jumlah komposisi beg plastik yang terkandung didalam SPP, Sampel B akan melalui proses pengasingan bagi mendapatkan berat beg plastik sahaja. Setelah selesai proses pengasingan maka, jumlah ini akan ditimbang. Data yang diperolehi akan dimasukkkan ke dalam rumus bagi mendapatkan jumlah pengunaan isipadu tapak pelupusan. Berat purata SPP daripada daerah Tuaran bagl bulan Disember ialah 194.2 tan, bulan Januari ialah 196.8 tan dan bulan Februari lalah 179.2 tan. Bagi sisa beg ptastik pula, berat purata bagi bulan Disember ialah 6.9 tan, bulan Januari ialah 6.7 tan dan bulan Februari ialah 6.3 tan. Daripada data ini, penjanaan SPP daripada Tuaran adalah 159.88 kg/capita/tahun. Bagi sisa beg plastik pula, nilai janaan ialah 0.8 kg/capita/tahun. Isipadu kawasan tapak pelupusan yang diperfukan bagi menampung keseluruhan SPP daripada Tuaran ialah 41 149.8 m³ dan bagi sisa beg plastik pula ialah 344.27 m³.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Municipal Solid Waste (MSW), plastic bag composition, Kayu Madang Landfill, Tuaran district, landfill usage
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Nov 2016 05:16
Last Modified: 27 Oct 2017 02:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11713

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository