Taburan plumbum dalam Mimosa pudica di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah

Siti Mastura Mat Zain, (2010) Taburan plumbum dalam Mimosa pudica di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002684.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Pelepasan bahan pencemar Pb terutamanya dari ekzos kenderaan telah menjadi perkara yang serius. Untuk mengenal pasti masalah ini, satu kajian telah dijalankan di sekitar kawasan bandar Kota Kinabalu di empat stesen kajian dalam dua kali persampelan dan satu stesen kawalan di daerah Kota Belud. Pemilihan stesen kajian adalah berdasarkan kesibukan lalulintas di sepanjang jalan menuju ke pusat bandar Kota Kinabalu. Kajian terhadap taburan Pb dijalankan ke atas tumbuhan dan tanah. Tumbuhan yang diaplikasi dalam penyelidikan ini adalah M. pudica yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu daun, batang dan akar. Sampel tumbuhan pula diasing kepada sampel basuh dan tidak basuh untuk melihat perbandingan taburan Pb secara tepat. Kajian terhadap kandungan kepekatan Pb dalam tanah dijalankan ke atas tanah yang diambil dimana M. pudica tumbuh. Keadaan fiziko-kimia tanah turut diambil kira untuk mengetahui tahap keasidan tanah dan kandungan kelembapan tanah dalam mempengaruhi kepekatan Pb dalam tanah. Bahagian daun, batang dan akar tumbuhan dihadam dengan menggunakan asid nitrik 65% sebelum dianalisis dengan menggunakan ICP-OES Optima 5300 DV. Kepekatan Pb diperoleh dengan menjumlahkan hasil analisis. Didapati jumlah purata taburan Pb dalam sampel yang tidak dibasuh lebih tinggi iaitu sebanyak 21.85 µg/mg berbanding purata jumlah taburan Pb dalam sampel yang dibasuh iaitu sebanyak 13.47 µg/mg dimana peratus kehilangan purata taburan Pb adalah sebanyak 30%. Susunan taburan Pb dapat dilihat menaik mengikut daun < batang < akar. Purata kandungan Pb dalam tanah yang paling tinggi ialah di Stesen 4 iaitu sebanyak 3.89 µg/mg. Jumlah purata kandungan Pb dilihat menaik mengikut susunan stesen kawalan < 52 < 51 < 53 < 54. Tahap pH yang agak konsisten didapati tidak membawa kesan pada bahan cemar. Oleh itu, daripada kajian ini boleh disimpulkan bahawa persekitaran Kota Kinabalu telah dicemari oleh Pb dari pelepasan ekzos kenderaan yang banyak di jalan raya. Walau bagaimanapun, situasi tersebut masih di bawah kawalan dan belum ada risiko kesihatan yang serius terhadap manusia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Plumbum distribution, plant and soil, M.pudica, level of acidity, moisture content, nitric acid
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:46
Last Modified: 27 Oct 2017 02:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11717

Actions (login required)

View Item View Item