Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kalabakan Utara, Tawau

Tuti Erna Zahari, (2009) Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kalabakan Utara, Tawau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002775.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kalabakan Utara, Tawau. Kawasan kajian merangkumi hampir 100 km² di mana garis lintang yang membatasinya adalah dari 4°27'U bingga 4°30'U dengan garis bujur dari 117°35'T hingga 117°38'T. Objektif kajian bertujuan mengkaji geomorfologi, geologi am dan geologi struktur, menganalisis sifat fiziko-kimia dan kejuruteraan tanah serta menghasilkan peta geologi terkini. Kawasan Kalabakan Utara terdiri daripada tiga formasi utama iaitu Formasi Kalabakan yang berusia Miosen Awal, Formasi Kuamut atau lebih dikenali sebagai melange berusia Miosen Tengah serta endapan aluvium yang berusia Kuartenari. Formasi Kalabakan dicirikan oleh batu pasir, batu lumpur serta selang lapis batu pasir dan batu lumpur. Melange merupakan batuan terpecah berasal dari Formasi Kalabakan atau formasi yang lebih tua. Batuan boleh terdiri daripada batu pasir, batu lumpur, basalt dan rijang. Endapan aluvium diwakili oleh endapan sungai. Sifat fiziko-kimia tanah mempunyai pH asid dan alkali, kandungan kelembapan antara 4.25%- 21.70% manakala kandungan organik berjulat 0.92%-3.73%. Pengelasan tanah terdiri daripada lempung berpasir (S1), lodak berlempung (S2), lempung dan lodak berpasir (S3), dan lempung (S4 dan S5). Carta keplastikan menunjukkan S1 berkeplastikan rendah (CL), S3 dan S4 berkeplastikan sederhana (CI) dan S2 dan S5 berkeplastikan tinggi (CH). Analisis sifat kejuruteraan tanah menunjukkan ketumpatan kering berjulat antara 1.53 Mg/m³-1.83M g/m³ manakalap engelasank ekuatanr icih tanah kelima-lima sampel bersifat sangat lembut. Analisis kebolehtelapan mengelaskan kesemua sampel tanah kepada berketelapan sangat rendah kerana nilai pekali berjulat dan 6.9805 x 10�� m/s hingga 1.4540 x 10�� . Analisis petrografi mengelaskan batuan dari Formasi Kalabakan sebagai litik wak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geological map, soil, Kalabakan formation, alluvium
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Feb 2016 06:28
Last Modified: 27 Oct 2017 02:14
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11722

Actions (login required)

View Item View Item