Jangkitan Vibrio harveyi secara eksperimen kepada juvenil tilapia

Arnold Martin Yatin, (2010) Jangkitan Vibrio harveyi secara eksperimen kepada juvenil tilapia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002701.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tilapia merupakan antara ikan air tawar yang diternak secara meluas di serata dunia termasuk di Malaysia. Secara umumnya, tilapia merupakan spesies eurihalin dan kadangkala diternak dalam air masin. Ini memungkinkan tilapia boleh dijangkiti patogen marin seperti Vibrio harveyi yang merupakan antara patogen marin yang berbahaya. Kajian terhadap jangkitan V. harveyi terhadap tilapia telah dilakukan dengan kaedah jangkitan melalui medium air. Tilapia GIFT bersaiz 1-1.5inch dimasukkan ice dalam 4 akuarium 7L, dengan kadar 8 ekor setiap akuarium, pada tahap kemasinan yang berbeza iaitu 0%0, 5%, 10%, dan 15%. Ikan berkenaan didedahkan kepada V. harveyi pada kadar 10¹º sel/mL Penurunan pertumbuhan V. harveyi yang signifikan adalah diperhatikan. Pada akhir eksperimen, keputusan menunjukkan kadar kematian adalah 0% pada kemasinan 0%, 12.5% pada kemasinan 5%, 25% pada kemasinan 10%, dan 50% pada kemasinan 15%. Ikan yang mati menunjukkan tanda-tanda klinikal vibriosis, hilang selera makan, pigmentasi kulit hitam, sedikit Iesi pada kulit serta keadaan sirip mereput. Berdasarkan ujian pada piring agar TCBS, ikan mati menunjukkan kiraan V. harveyi adalah pada kadar 10� sel/g. Pada akhir eksperimen, 3 ikan yang terselamat pada setiap akuarium disampelkan dan didapati bahawa kiraan V. harveyi adalah pada kadar 10� hlngga 10� sel/mL Keputusan kajian menunjukkan potensi jangkitan terhadap tilapia GIFT dan kadar jangkitan meningkat dengan peningkatan saliniti. Namun, tidak ada jangkitan pada tilapia GIFT yang dikultur dalam air tawar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tilapia, freshwater fish, salinity, bacterial marine pathogen, Vibrio harveyi, infection method
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:44
Last Modified: 27 Oct 2017 02:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11745

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository