Kajian ke atas penghasilan seramik komposit menggunakan serat kelapa sawit (palmacea)

Zurina Jamjin, (2010) Kajian ke atas penghasilan seramik komposit menggunakan serat kelapa sawit (palmacea). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002725.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Pendekatan sintesis biomimetik di dalam teknologi pembuatan semakin mendapat perhatian di abad ini. Dengan menggunakan pendekatan ini, kajian ke atas penghasilan seramik komposit sillkon karbida dengan menggunakan serat kelapa sawit (palmacea) telah dijalankan. Serat palmacea bertindak sebagai templat biokarbon (template-CB), manakala tetraetilortosilikat dan fumed silica bertindak sebagai pertanda kandungan silikon (pertanda- Si). Kedua-dua templat-CB dan pertanda-Si bertindakbalas bagi menghasilkan komposit seramik silikon karbida (SiC). Pertanda-Si ini disediakan dalam bentuk sol dan sluri. Sampel serat palmacea seterusnya menjalani kitaran infiltrasi di mana kandungan silika menyusup padanya. Berdasat1<an jisim penimbangan ke atas sampel tersebut, ia menunjukkan terdapat penambahan berat menunjukkan silika telah menyusup dan melekat ke dalam serat palmacea. Eksperimen ini dijalankan dalam keadaan persekitaran, iaitu dengan kehadiran gas oksigen. Hasil daripada eksperimen ini, beberapa analisis telah dijalankan seperti Analisis Termogravimebi (TGA), Spektroskopi Inframerah Transformasi-Fourier (FTIR) dan Mikroskopi pengimbas elektron (SEM). Analisis TGA menunjukkan pengurangan berat yang bertaku pada sampel adalah sedikit sahaja, iaitu kira 3 - 8 %. Manakala daripada spektra FTlR pula, hanya terdapat puncak pada jarak gelombang sekitar 1080 cm�¹ menunjukkan kehadiran ikatan Si-O-Si dan jarak gelombang pada 800 cm�¹ menunjukkan kehadiran SiO, sedangkan ikatan SiC sepatutnya hadir pada jarak gelombang 825 cm�¹. Daripada imej SEM, terdapat perbezaan di antara sampel asal dan sampel selepas menjalani kitaran infiltrasi dan rawatan haba. Selepas menganalisis data-data tersebut, silikon karbida yang ingin dihasilkan mungkin tidak tercapai. Disebabkan keadaan persekitaran tindak balas memainkan peranan yang penting dalam penghasilan seramik komposit SiC, keadaan lengai (kehadiran gas Ar) mungkin lebih sesuai bagi memastikan tindak balas pembentukan SiC berlaku dalam keadaan yang optima.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: biomimetic synthesis, silicon carbide ceramic composite, palm oil fibers, palmacea, infiltration cycle
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jan 2016 06:24
Last Modified: 27 Oct 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11781

Actions (login required)

View Item View Item