Faktor-faktor penyakit jantung koronari

Ernawaty Samsih, (2009) Faktor-faktor penyakit jantung koronari. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002726.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Penyakit Jantung Koronari merupakan penyakit yang sering melanda negara membangun atau maju. Penyakit ini juga dikenali sebagai Arthrosklerosis kerana sering dikaitkan dengan penggumpalan lemak pada pembuluh darah dan jika pembuluh darah ini tersumbat maka serangan penyakit jantung akan berlaku. Kajian ini meliputi enam faktor risiko penyakit jantung koronari iaitu usia, tekanan darah sistolik, tekanan darah diastolik, bilangan rokok, kandungan kolesterol dan Indeks Jisim Badan. Tujuan kajian ini adalah untuk membina model Binari Logit Berganda daripada satu data sekunder yang diperolehi daripada sebuah buku regresi. Sebanyak 192 model awalan yang dipertimbangkan. Kaedah kajian menggunakan model Binari Logit Berganda. Keputusan kajian menunjukkan satu model binari logit berganda telah berjaya diperolehi iaitu model M184.19. Daripada keputusan yang diperolehi, dapat disimpulkan faktor tunggal seperti usia, tekanan darah sistolik dan kandungan kolesterol dalam darah menyumbang kepada Penyakit Jantung Koronari manakala faktor interaksi melibatkan sehingga peringkat ketiga iaitu iaitu melibatkan gabungan empat faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Coronary Heart Disease, Atherosclerosis, artery, fatty, Multiple Binary Logit
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Nov 2015 03:45
Last Modified: 27 Oct 2017 02:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11782

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository