Minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajar Daerah Tambunan, Sabah: Satu kajian kes

Rosneh Wasli, (2013) Minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan pelajar Daerah Tambunan, Sabah: Satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
9Mb

Abstract

Mata pelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) merupakan salah satu mata pelajaran bahasa mengikut keperluan etnik-etnik terbesar di Malaysia. Keperluan ini adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di samping mmelihara bahasa ibunda itu sebagai salah satu budaya dan warisan bangsa. Sejak mata pelajaran BKD diperkenalkan pada tahun 2006, penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran ini kurang memberangsangkan berbanding jumlah pelajar berbangsa Kadazan-Dusun khususnya di daerah Tambunan Sabah. kajian ini bertujuan untuk meninjau minat pelajar berbangsa KadazanDusun terhadap mata pelajaran BKD. Kajian ini dilakukan ke atas empat orang responden berbangsa kadazanDusun dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang tidak mengambil Mata pelajaran BKD dalam peperiksaan awam. Kajian merupakan rekabentuk kajian kes menggunakan data kualitatif. Temubual separuh struktur dijalankan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran BKD dan tidak akan mengambil mata pelajaran BKD di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi minat terhadap mata pelajaran ini termasuklah faktor latar belakang keluarga, Pemerolehan bahasa pertama, persekitaran, faktor globalisasi, sumber pengajaran dan pembelajaran (perbezaan dialek) serta dasar kurikulum terhadap mata pelajaran BKD.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Kadazandusun language, acceptance, student interest, qualitative data
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:11800
Deposited By:IR Admin
Deposited On:15 Oct 2015 16:40
Last Modified:15 Oct 2015 16:40

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository