Hubungkait antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan pencapaian pelajar sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura (TIMSS 2007).

Nartini Ajik, (2013) Hubungkait antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan pencapaian pelajar sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura (TIMSS 2007). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Copy_of_mt0000000607.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) adalah satu kajian antarabangsa yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar dalam matematik dan sains serta mengumpul pelbagai maklumat mengenai beberapa aspek dalam pendidikan seperti sekolah, kurikulum, pengajaran, dan pembelajaran. Berdasarkan data yang diperolehi oleh IEA (International Association for the Evaluation of Educational Achievement), dalam fasa ketiga kajian, Singapura adalah negara yang mencapai skor skala purata tertinggi dalam pencapaian Sains (567), manakala Malaysia hanya mencapai purata skor skala sebanyak 471 mata, jauh lebih rendah daripada skor skala purata TIMSS (500) dan menjadikan kedudukan Malaysia di tangga ke-22. Perbezaan pencapaian adalah ketara walaupun kedua-dua negara jiran ini tidak banyak berbeza dari segi bahasa dan budaya. Dalam konteks ini, apa yang ingin dilihat melalui kajian ini adalah hubungan antara penggunaan bahan bantu mengajar yang diklasifikasikan sebagai bahan elektronik iaitu komputer dan bukan elektronik iaitu buku teks dengan pencapaian pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar telah dikatakan membuat pembelajaran sains lebih bermakna (Promila Sharma, 2009). Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan 2 (gred 8), dan pada masa yang sama kajian ini juga memperlihatkan perbandingan kedua-dua negara dari segi penggunaan bahan pengajaran. Data yang diperolehi merupakan data sedia ada iaitu hasil keputusan TIMSS bagi tahun 2007. Keputusan kajian ini mampu memberi kesan positif kepada guru-guru sains dalam memandu dan merancang penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: teaching Aids, students' achievements
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Oct 2015 08:37
Last Modified: 07 Nov 2017 07:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11802

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository