Faktor-faktor 'burnout' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Ranau

Serirama Ebbie, (2013) Faktor-faktor 'burnout' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Ranau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak untuk mengukur pembolehubah. Penyelidikan ini menggunakan soal selidik ke atas sejumlah 225 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah rendah yang melibatkan 25 buah sekolah rendah di daerah Ranau. Maklumat yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan 'Statistical packages for social sciences'(SPSS ver 21.0). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mencari frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Statistik inferensi digunakan bagi mendapatkan hubungan dan pengaruh antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara 'burnout' dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:burnout, working stress, working satisfaction, primary teachers
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:11806
Deposited By:IR Admin
Deposited On:15 Oct 2015 16:34
Last Modified:15 Oct 2015 16:34

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository