Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar Tingkatan Empat di Daerah Tawau, Sabah

Rahimin Naim, (2013) Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar Tingkatan Empat di Daerah Tawau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Copy_of_mt0000000613.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan hubungan gaya pembelajaran dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar. Seramai 299 orang responden terlibat dalam kajian yang terdiri daripada 150 orang pelajar lelaki dan 149 orang pelajar perempuan yang merupakan pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah di daerah Tawau, sabah. Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran. Lima kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn adalah kategori persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.887. Dapatan kajian mendapati bahawa kategori emosional (min 3.84, SP=0.47) adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden. Kategori kedua adalah kategori psikologikal (min 3.76, SP=0.60), diikuti kategori sosiologikal (min 3.66, SP=0.62), kategori fizikal (min 3.48, SP=0.48) dan kategori persekitaran (min 3.42, SP=0.61). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hubungan antara gaya pembelajaran kategori persekitaran dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana, hubungan antara gaya pembelajaran kategori emosional dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah berada tahap kuat, hubungan antara gaya pembelajaran kategori sosiologikal dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah sederhana, hubungan antara gaya pembelajaran kategori fizikal dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu juga pada tahap sederhana, mana kala hubungan antara gaya pembelajaran kategori psikologikal dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap yang kuat. Dalam kajian ini juga terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan pengkaji kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan demi memantapkan lagi pendidikan negara. Dapatan daripada kajian ini boleh digunakan oleh golongan pendidik khasnya guru-guru untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran mereka agar tidak berlaku keciciran dalam kalangan pelajar untuk menguasai kemahiran yang disampaikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: learning style, performance
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Oct 2015 08:30
Last Modified: 07 Nov 2017 07:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11808

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository