Pengawetankrio biji benih dan protokom Phalaenopsis gigantea

Maryani Ahmad, (2008) Pengawetankrio biji benih dan protokom Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002929.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kaedah pengawetankrio biji benih dan protokom Phalaenopsis gigantean telah dikaji dengan menguji kesan tempoh rendaman yang berbeza pada larutan vitrifikasi tumbuhan 2 (PVS2) dan larutan pemuatan bagi biji benih, kesan rendaman protokom pada larutan vitrifikasi dan pada tempoh rendaman yang berbeza, serta pengeringan udara terhadap protokom. Bagi pengawetankrio biji benib, dua kapsul telah digunakan bagi perawatan yang sama iaitu rendaman biji benih pada larutan pemuatan selama 20 minit, pada PVS2 0, 1,2, 3,4,5,6, dan 7 jam dan pada larutan pemuatan selama 0, 10,20,30,40,50 dan 60 minit, 5 jam pada PVS2. Tambahan rawatan bagi biji benih daripada kapsul kedua, iaitu penyimpanan biji benih secara teros pada ceeair nitrogen tanpa rawatan larutan pemuatan dan PVS2. Bagi pengawetakrio protokom, rendaman pada larutan vitrifikasi (PVS2, PVS2 (PEG 6000) dan PVS4) pada tempoh (0, 30, 60, 90, 120 dan 150 minit) juga telah dikaji disamping pendedahan protokom dibawah Kabinet Laminar Floor selama 0,1.2 dan 3 jam bagi tujuan pengeringan sebelum direndam pada PVS2 selama 1 jam. Ujian daya hidup biji benih yang pertama iaitu Ujian TTC telah menunjukkan keputusan yang positif apabila kesemua biji benih dan protokom dengan menjadi merah selepas pengawetankrio keeuali biji benih tanpa rawatan larutan pemuatan dan PVS2. Peratus kandungan formazon yang tertinggi bagi kapsul pertama ialah 50.24% (pVS2 2 jam) dan 14.83% (LS 30 minit) manakala kapsul kedua ialah 16.39010 (pVS2 3 jam) dan 13.11 % (LS 20 minit). Bagi protokom, kandungan formazon yang dirawat dengan PVS2 dengan rendaman selama 150 minit ialah 52.53%, PVS2 (PEG 6000) dan PVS4 dengan rendaman selama 90 minit masing-masing memberikan 63.95% dan 88.80%. Pengeringan protokom selama 3 jam menunjukkan peratus kandungan formazon yang tertinggi (54.38%) diikuti selama 1 jam (43.38%) dan 2 jam (36.51%). Selepas 170 hari, percambahan biji benih yang tertinggi dicerap apabila biji benih direndam selama 10 minit dalam larutan pemuatan (13.27±2.94) dan 7 jam bagi PVS2 (13.89±2.06). Biji benih daripada kapsul kedua dan protokom yang menjalani kedua-dua teknik pengawetankrio tidak menunjukkan percambahan walaupun selepas 120 hari.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: incubation time, seed, protocorms, air drying method
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jun 2016 01:53
Last Modified: 27 Oct 2017 03:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11846

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository