Cabaran dan masalah transisi sekolah ke alam pekerjaan (TTS) bagi pelajar Autism Spectrum Disorder (ASD): Penerokaan awal melalui sesi perbincangan meja bulat

Rosnah Ismail, and Vincent Pang, and Nu Farahuda Abdul Rahim, and Chua , Bee Seok and Jasmine Adela Mutang, and Ferlis Bahari, and Adila Ismail, (2015) Cabaran dan masalah transisi sekolah ke alam pekerjaan (TTS) bagi pelajar Autism Spectrum Disorder (ASD): Penerokaan awal melalui sesi perbincangan meja bulat. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan (INSAN 2015), 19-20 October 2015, The Royal Bintang Resort and Spa, Seremban, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
47Kb

Official URL: http://www.researchgate.net/publication/283065246_...

Abstract

Autism adalah ketidakupayaan perkembangan kanak-kanak yang kompleks biasanya disedari dalam tempoh tiga tahun pertama akibat kecelaruan neurologikal yang mempengaruhi fungsi otak. Masalah autism berlaku tanpa pengecualian dari segi etnik, tahap pendapatan keluarga, caragaya hidup, dan tahap pendidikan. Kajian menunjukkan kerjaya kanak-kanak mungkin berlaku selaras dengan kualiti transisi mereka ke alam persekolahan (TTS)(McIntyre, 2006). Proses TTS boleh memberi tekanan, dan boleh menimbulkan masalah serta stres khususnya kepada keluarga anak ASD ini. Kajian ini membuat penerokaan awal melalui sesi perbincangan meja bulat yang dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah dengan seramai 27 orang responden yang terdiri daripada guru pendidikan khas, pensyarah, wakil agensi kerajaan, NGOs, ibu bapa kanak-kanak ASD dan majikan untuk mendapatkan input berkenaan cabaran dan masalah dalam proses transisi sekolah ke alam pekerjaan. Sesi perbincangan meja bulat yang dijalankan berpandukan kepada soalan-soalan separa berstruktur berkaitan transisi sekolah ke alam pekerjaan kanak-kanak ASD. Hasil sesi perbincangan dianalisa melalui verbatim setiap responden. Dapatan kajian menggambarkan beberapa isu cabaran dan masalah proses transisi sekolah ke alam pekerjaan termasuklah kesedaran awal ibu bapa terhadap program transisi, proses dan pelaksanaan program transisi yang belum lagi meluas, tahap keberkesanan program transisi, limitasi dalam pusat transisi di Malaysia, sijil pengiktirafan, serta polisi. Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan temuduga mendalam akan dijalankan sebagai tindakan selanjutnya bagi kajian ini

Item Type:Conference Paper (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords:Autism Spectrum Disorder (ASD), transisi sekolah, kanak-kanak
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:SCHOOL > School of Psychology and Social Work
ID Code:12238
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Nov 2015 11:54
Last Modified:13 Nov 2015 11:54

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository