Pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi etnik terhadap tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan pekerja di Sabah

Asong , Joseph and Chua , Bee Seok and Jasmine Adela Mutang, (2014) Pengaruh keadilan organisasi dan diskriminasi etnik terhadap tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan pekerja di Sabah. In: 12th International Borneo Research Council Conference 2014, 5-7 August 2014, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
PDF
229Kb

Official URL: http://www.researchgate.net/publication/283264969_...

Abstract

Kepelbagaian dan keunikan etnik di Sabah melahirkan kepelbagaian budaya, adat resam dan tingkah laku. Namun, ini tidak menjadi penghalang untuk mereka saling berinteraksi dan menjalinkan hubungan dalam pekerjaan. Interaksi yang baik berlaku dengan wujudnya keadilan dalam organisasi tersebut. Keadilan organisasi memain peranan untuk membentuk tingkah laku kewargaan pekerja terhadap organisasi dan juga rakan sekerja. Layanan yang tidak seimbang mewujudkan persepsi yang berbeza-beza dalam kalangan pekerja. Persepsi terhadap keadilan mempunyai peranan penting untuk membangunkan tingkah laku kewargaan organisasi (Organ, 1990). Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan bertujuan untuk menilai pengaruh antara keadilan organisasi dan diskriminasi etnik terhadap tingkah laku kewargaan organisasi dalam kalangan pekerja di Sabah. Seramai 100 orang pekerja di sekitar kawasan Kota Kinabalu dipilih untuk menyertai kajian ini. Keputusan analisis mendapati keadilan organisasi berpengaruh secara positif signifikan terhadap tingkah laku kewargaan organisasi manakala diskriminasi etnik berpengaruh secara negatif signifikan terhadap tingkah laku kewargaan organisasi. Hasil analisis akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kajian ini. Kata Kunci: Keadilan Organisasi, Diskriminasi Etnik dan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi

Item Type:Conference Paper (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords:Keadilan Organisasi, Diskriminasi Etnik, Tingkah Laku Kewargaan Organisasi
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions:SCHOOL > School of Psychology and Social Work
ID Code:12249
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Nov 2015 12:37
Last Modified:26 Nov 2015 12:37

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository