Kajian ke atas burung bermigrasi dan bermusim di pantai UMS

Ch'ng, Guat Gow (2007) Kajian ke atas burung bermigrasi dan bermusim di pantai UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000236_(baru).pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Satu kajian ke atas burung migrasi dan bermusim telah dijalankan di Pantai Universiti Malaysia Sabah yang terletak di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Tujuan kajian ini adalah mengenalpasti burung terutamanya burung migrasi dan bermusim yang terdapat di Pantai UMS. Kajian ini dijalankan selama lima bulan dari September 2006 hingga akhir Januari 2007. Kaedah Peninjauan Tanah dan ' Site monitoring' telah digunakan. lni melibatkan peninjauan ke tempat kajian sekali seminggu selama dua jam pada waktu pagi untuk megenalpasti, mengira dan mencatatkan spesies burung yang hadir. Semasa peninjauan, pemerhati akan berjalan sepanjang pinggir pantai untuk mengesan kehadiran burung dengan menggunakan binokular. Sepanjang tempoh kajian, sebanyak 382 individu burung dari sembilan spesies dan enam famili telah berjaya dikenalpasti di Pantai UMS. Ini termasuk empat spesies burung migrasi daripada tiga famili yang berlainan. Peratus burung migrasi ialah 52 peratus berbanding burung bukan migrasi, 48 peratus daripada jumlah yang dicatatkan di Pantai UMS. Spesies yang paling banyak ialah Hirundo tahitica sebanyak 32 peratus. Egretta sacra merupakan spesies yang paling sedikit iaitu hanya dua ekor, kurang daripada satu peratus. Hanya terdapat sejenis burung 'shorebird' di Pantai UMS sahaja iaitu Actitis hypoleucos. Hubungan antara tempoh cerapan dengan bilangan individu dan bilangan spesies yang paling banyak ialah bulan Disember iaitu sebanyak 85 individu daripada lapan spesies. lndeks kepelbagaian yang tertinggi bagi burung di Pantai UMS ialah 0.7377 juga pada bulan Disember.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Seasonal bird, Teluk Sepanggar UMS
Subjects: ?? QL671-699 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 21 Sep 2011 07:37
Last Modified: 12 Oct 2017 08:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1250

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository