Penentuan kandungan logam berat Pb, Cu, Cd, dan Zn dalam setiap bahagian Typha latifolia

Kamaruddin Kudumpor, (2010) Penentuan kandungan logam berat Pb, Cu, Cd, dan Zn dalam setiap bahagian Typha latifolia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002760.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menentukan kandungan logam berat Pb, Cu, Cd dan Zn dalam bahagian akar, daun, rizom dan batang tumbuhan Typha latifolia yang diambil daripada dua lokasi kajian yang berbeza, iaitu tasik SST dan tasik kolej E, Universiti Malaysia Sabah. Kepekatan logam berat ini ditentukan dengan menggunakan kaedah penghadaman, dimana sampel dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu, dikeringkan dan dihancurkan, dan kemudiannya dipanaskan pada suhu 125°C sebelum dicampurkan HNO₅ 65 % dan H₂O₂. Jisim bagi setiap sampel ialah 1g. Graf kalibrasi bagi setiap logam didapatkan sebelum kepekatan masing-masing ditentukan dengan menggunakan mesin Spektroskopi Serapan Nyalaan Atom, FAAS. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan logam berat adalah lebih tinggi di dalam bahagian akar dan rizom tumbuhan Typha latifolia. Kepekatan plumbum di bahagian rizom dan akar tumbuhan ini masing-masing adalah 12.60 pg/g dan 15.844 pg/g di Kolej E, manakala di kawasan tasik SST pula adalah 13.963 pg/g dan 15.650 Ng/g. Kepekatan logam ini di bahagian daun dan batang T. Latifolia pula adalah 1.5140 pg/g dan 0.8227 pg/g di Kolej E, manakala di tasik SST kepekatan logam berat ini adalah 1.7344 pg/g dan 0.7305 Ng/g. Untuk logam kuprum pula, kepekatan di bahagian akar dan rizom adalah 3.5280 pg/g dan 1.5245 pg/g berbanding di bahagian daun dan batang tumbuhan masing-masing dengan kepekatan yang lebih rendah iaitu 1.0542 pg/g dan 0.9256 pg/g di Kolej E. Bagi logam kadmium pula, kepekatan yang dicatat di bahagian akar dan rizom tumbuhan masing-masing dengan 0.4451 pg/g dan 0.0942 Ng/g, manakala kepekatan yang dicatatkan dalam bahagian daun dan batang tumbuhan masing-masing dengan kepekatan 0.0629 pg/g dan 0.0967 Ng/g. Logam zink dalam bahagian akar dan rizom tumbuhan ini masing-masing mencatat kepekatan sebanyak 17.257 pg/g dan 15.697 Ng/g, manakala bahagian daun dan batang tumbuhan ini hanya mencatat kepekatan sebanyak 5.0123 pg/g dan 5.7033 Ng/g. Secara keseluruhannya, kepekatan logam berat dalam bahagian akar dan rizom tumbuhan ini adalah mengikut turutan Cd < Cu < Pb < Zn, manakala bagi bahagian daun dan batang pula adalah mengikut susunan Cd < Pb < Cu < Zn.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Typha latifolia, concentration of heavy metal, digestion
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 19 Feb 2016 04:19
Last Modified: 27 Oct 2017 09:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12897

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository