Kajian terhadap aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan flavonoid dalam spesis keladi terpilih

Nurul Azida Azlam, (2009) Kajian terhadap aktiviti antioksida, kandungan fenolik dan flavonoid dalam spesis keladi terpilih. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002763.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap aktiviti antioksida, jumlah kandungan fenolik dan jumlah kandungan flavonoid terhadap lima spesis dari tiga genera keladi terpilih telah dijalankan iaitu Shismatoglottis kinabaluensis, Shismatoglottis calyptrata, Shismatoglottis c.f calyptrata, Pothos ovatipolius dan Homalomerta sagitifolia. Tiga bahagian tumbuhan daun, batang dan akar digunakan dalam kajian ini. Proses penyejuk kering sampel dimulakan dan ekstrak kering tumbuhan diperolehi dengan pengekstrakan menggunakan 100% metanol dengan kadar nisbah 1 kepada 10. Jumlah kandungan fenolik ditentukan dengan menggunakan kaedah reagen Folin-Ciocalteu dan kaedah kolometrik aluminium klorida digunakan untuk menentukan kandungan flavonoid manakala aktiviti antioksida ditentukan dengan kaedah penghapusan radikal bebas DPPH (2,2-difenil-1-pikril-hidrazil-hidrat) serta Ferric Reducing Antioxidant Power (FRAP assay). Keputusan menunjukkan kandungan fenolik pada akar Homalomena sagitifolia paling tinggi iaitu dengan jumlah 13.751±0.212 mg asid galik/g manakala batang Shismatoglottis calyptrata mengandungi kandungan fenolik yang terendah iaitu 0.856±0.086 mg asid galik/g. Kandungan flavonoid yang paling tinggi adalah pada bahagian akar Shismatoglottis c.f calyptrata iaitu sebanyak 14.630±0.137 mg katekin/g dan batang Shismatoglottis caiyptrata mengandungi kandungan flavonoid terendah 1.205±0.000 mg katekin/g. Keputusan DPPH menunjukkan kandungan aktiviti antioksida dalam ekstrak akar Homalomena sagitifolia lebih tinggi berbanding dengan sampel yang lain dan ujian terhadap kuasa penurunan aktiviti antioksida menggunakan kaedah FRAP, akar Shismatoglottis c.f calyptrata mempunyai kuasa penurunan yang paling tinggi. Kesimpulannya, kajian menunjukkan terdapat hubungan kolerasi yang positif di antara kandungan fenolik, kandungan flavonoid terhadap kandungan aktiviti antioksida di dalam lima spesis aroid terpilih

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: freeze dry process, antioxidant activity, total phenolic, flavonoid, leaf, stem, rhizome, plant extract
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 19 Feb 2016 04:24
Last Modified: 27 Oct 2017 09:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12900

Actions (login required)

View Item View Item