Geologi am dan sedimentologi kawasan Kota Belud (Kuala Abai)

Muhammad Fawwaz Zainal Abedin, (2010) Geologi am dan sedimentologi kawasan Kota Belud (Kuala Abai). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002773.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kota Belud, Sabah iaitu di kawasan Kuala Abai. Kawasan kajian yang berkeluasan kira-kira 100 kilometer persegi terletak pada lingkungan longitud darf 116° 19' T hingga 116° 24' T dan latitud dari 06° 21' U hingga 06° 26' U. Kawasan kajian ini terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan alwium yang berusia Kuatemer. Formasi Crocker merupakan sebahagian daripada sediman laut dalam di Barat laut Borneo semasa Eosen Akhir di mana lanya terdiri daripada unit batuan batu pasir masif, selang lapis batu pasir dan syal dan batu lumpur. Formasi ini diendapkan di lembangan besar oleh anus turbidit. Jujukan Bouma yang berketebalan pelbagai dan berterusan dengan baik seperti yang terdapat di kawasan kajian biasanya dijumpai dalam jujukan turbidit. Laminasi selari paling banyak dijumpai di kawasan kajian di mana ianya terbentuk pada lapisan mendatar pada regim aliran yang tinggi. Riak tidak simetri banyak ditemui di mana bahagian dalamnya menunjukkan struktur laminasi silang menyatah. Arah anus kuno di kawasan kajian lalah berarah timur laut. Fosil surih pianoiites sp. boleh ditemui di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada tiga unit fasies utama yang dinamakan sebagai fasies B yang mewakili unit batu pasir tebal, fasies C bagi unit batuan selang lapis batu pasir dan syal, dan fasies D yang merujuk kepada unit batu lumpur. Sekitaran pengendapan kawasan kajian lalah terletak pada kipas tengah di kipas bawah laut. Petrografi kawasan kajian menunjukkan batuan mengalami kematangan secara menyeluruh. Batu pasir Formasi Crocker di kawasan kajian adalah terdiri daripada kelas sublitarenit dan berasalan orogen kitar semula. Kawasan kajian ini telah mengalami canggan akibat daripada daya mampatan tektonik yang berarah Barat laut - Tenggara. Daya mampatan ini menyebabkan pembentukan tren struktur Timur laut - Barat daya bagi lineamen permatang dan perlapisan di kawasan kajian

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: crocker formation, Bauma sequence, parallel lamination, petrography
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Feb 2016 06:28
Last Modified: 27 Oct 2017 09:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12914

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository