Pemetaan geologi dan geokimia profil luluhawa batuan di Mesilou, Kundasang

Siti Suhaili Gusni, (2010) Pemetaan geologi dan geokimia profil luluhawa batuan di Mesilou, Kundasang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002770.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di selatan Gunung Kinabalu laitu pada latitud 05° 58' U ke 06° 01' U, longitud 116° 33T ke 116° 37' T ini terfetak kira-kira 112 km dari Kota Kinabalu serta berkeluasan 80 kmZ. Objektif kajian ini adalah mengkaji tentang geokimia profil luluhawa batuan di Mesilou. Geologi am kawasan kajian adalah Formasi Trusmadi, Formasi Crocker dan Kerikil Pinosouk yang terdiri daripada batuan adamelit, granodiorit, serpentinit, batu pasir Formasi Crocker, batu pasir Formasi Trusmadi, sabak dan filit. Sebanyak 84 sampel telah dianalisis berdasarkan perubahan geokimia pada profil batuan segar, batuan terluluhawa, saprolit dan tanah. Kandungan kepekatan unsur kromium (Cr), piumbum (Pb), kuprum (Cu), nikel (Ni), zink (Zn) dan ferum (Fe) dianalisis menggunakan kaedah Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Antara faktor yang mengawal taburan logam adalah nilai pH, kandungan bahan organik tanah (BOT) dan peratus lempung (%C) turut dianalisis. Nilai pH tertinggi pada tanah adamelit iaitu 8.19, bahan organik tertinggi adalah 9.53% pada kedalaman 0 meter singkapan Kerikil Pinosouk dan peratus lempung tertinggi adalah 52.41% pada tanah granodiorit. Hasii analisis menunjukkan kepekatan unsur ferum, plumbum dan kromium tinggi pada profil tanah batuan granodiorit manakala unsur nikel dan kuprum tinggi dalam tanah adamelit. Unsur zink pula tinggi dalam profil tanah serpentinit. Unsur yang tinggi dalam batuan adameiit, batu pasir Formasi Trusmadi, sabak dan flit adalah ferum laitu masing-masing 1083.6 ppm, 1258.8 ppm, 1121.6 ppm dan 804.4 ppm. Dalam granodiorit, serpentinit dan singkapan Kerikil Pinosouk pula tinggi unsur Kromium iaitu 1557.6 ppm, 1460.4 ppm dan 1174.8 ppm. Batu pasir Formasi Crocker pula tinggi unsur zink laitu 1311.5 ppm. Hasil analisis menunjukkan semua unsure surih berkorelasi lemah dengan semua parameter. Nilai kepekatan unsur-unsur surih ini meningkat darf batuan segar ke tanah. Kehadiran unsur surih dalam setiap batuan bergantung kepada mineral yang terkandung serta asalan batuan tersebut

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geochemistry, Mesilou, weatherd rock,formation, saprolite, soil
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Mar 2016 02:40
Last Modified: 27 Oct 2017 09:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12938

Actions (login required)

View Item View Item