Taburan parameter fiziko-kimia air laut di pesisiran pantai Kuala Lawas, Sarawak

Noor Azida Ab Gani, (2010) Taburan parameter fiziko-kimia air laut di pesisiran pantai Kuala Lawas, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002782.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji faktor stesen dan monsun terhadap taburan dan nilai parameter fiziko-kimia air laut di pesisir pantai Kuala Lawas, Sarawak. Parameter fiziko-kimia air laut yang diambil kira ialah pH, suhu, saliniti, oksigen terlarut (DO) dan kekeruhan. Persampelan dijalankan sebanyak 4 kali, iaitu pada bulan Jun, Julai, November dan Disember 2009. Kesemua persampelan dijalankan ketika pasang - surut anak mengikut Jadual Pasang Surut kawasan Kuala Lawas. Terdapat 27 stesen untuk kajian ini, bermula dari Sungai Bengkulit (4.984°U, 115.449°T) hingga Kampung Awat-Awat (4.933°U, l1S.237ºT). Bacaan parameter fiziko-kimia air laut diambil di setiap stesen secara in situ menggunakan HANNA Instrument Multimeter HI9828 dan HANNA Turbidity meter HI93703. Data yang diperoleh semasa kajian telah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Ujian Kruskal-Wallis). Hasilnya,terdapat perbezaan ketara pada min kekeruhan terhadap stesen berbanding parameter-fiziko kimia yang lain (julat 1.9-21.2 FTU). Begitu juga pada min kekeruhan di antara monsun, nilai min menunjukkan perbezaan ketara antara bulan yang mewakili monsun (julat 4.4-13.2 FTU). Berdasarkan keputusan analisa statistik, tidak terdapat perbezaan signifikan pada taburan dan nilai parameter fiziko-kimia air laut di antara stesen (p > 0.05). Sebaliknya, terdapat perbezaan signifikan (p < 0.05) pada nilai parameter fiziko-kimia air laut antara monsun, kecuali DO. Ini bermakna hanya faktor monsun mempengaruhi taburan dan nilai parameter fiziko-kimia air laut di peisisir pantai Kuala Lawas, Sarawak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: monsoon, Kuala Lawas, physico chemical parameter, seawater
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Mar 2016 02:35
Last Modified: 27 Oct 2017 09:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12950

Actions (login required)

View Item View Item