Taburan dan kelimpahan fitoplankton di perairan pesisir pantai Pitas

Nurul Afiqah Ruzaini Roslan, (2010) Taburan dan kelimpahan fitoplankton di perairan pesisir pantai Pitas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002785.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di perairan pesisir pantai Pitas yang bertujuan untuk mengenalpasti spesies fitoplankton khususnya spesies alga bahaya yang terdapat di kawasan kajian. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menentukan taburan dan kelimpahan sel fitoplankton serta menentukan parameter fizikal di 30 stesen. Sampel air diambil pada kedalaman 1.0 m dengan menggunakan dua kaedah iaitu menggunakan jaring fitoplankton (jaringan bersaiz 20µm) dan mengunakan ‘water sampler'. Keputusan menunjukkan tujuh puluh spesies fitoplankton yang terdiri danpada 19 famili telah ditemui. Lapan spesies potensi alga bahaya telah dijumpai di kawasan kajian iaitu Prorocentrum micans, Prorocentrum sigmoides, Prorocentrum rhathymum, Dinophysis ciludata , Dinophysis miles , Ceratium furea , Ceratium tripos dan Ceratium fusus. Nitzschia sp. merupakan spesies dominan di kawasan kajian ini. Stesen 60 mempunyai kelimpahan sel yang paling tinggi iaitu 15 695 (±2.12) sel/L. Kepelbagaian spesies adalah paling tinggi di stesen 1C dengan nilai indeks Shannon-Weiner 2.79. Kawasan kajian mempunyai julat suhu dan 30.38°C hingga 32.04ºC di mana suhu paling tinggi dicatatkan di stesen 4E. Julat saliniti yang dicatatkan pula adalah antara 29.56 pss hingga 32.78 pss, manakala julat pH di kawasan kajian adalah antara 7.81 dengan 8.11. Kawasan kajian mempunyai kedalaman antara 2.4 m hingga 24.1 m. Kajian yang ini menunjukkan bahawa kawasan ini berpotensi untuk aktiviti akuakultur dijalankan. Namun begitu, kehadiran spesies patensi alga bahaya harus diberi perhatian dan langkah-langkah sewajamya harus diambil untuk mencegah gejala ledakan alga bahaya

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: coastal water, phytoplankton, harmful algal bloom, abundance
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Mar 2016 04:36
Last Modified: 30 Oct 2017 01:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12954

Actions (login required)

View Item View Item