Kajian terhadap ekstrak tumbuhan Anacardium occidentale, Alpinia galanga dan Eupatorium odoratum sebagai agen anti-mikobakteria

Adznila Eberahim, (2007) Kajian terhadap ekstrak tumbuhan Anacardium occidentale, Alpinia galanga dan Eupatorium odoratum sebagai agen anti-mikobakteria. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002800.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Tuberkulosi (TB) merupakan salah satu penyakit berjangkit utama yang telah menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia yang disebabkan oleh jangkitan mikobakteria terutamanya Mycobacterium tuberculosis. Pada masa kini, ubat baru yang lebih efektif adalah sangat diperlukan untuk merawat penyakit TB terutamanya penyakit TB yang kebal terhadap rawatan yang sedia ada dan sistem dua komponen merupakan salah satu sistem yang berupaya untuk mengawal ekspresi virulen bagi mikobakteria ini. Projek ini dijalankan adalah untuk mencari kompaun aktif dalam tumbuhan yang berupaya untuk merencat sistem transduksi isyarat yang sensitif terhadap ion Mg²�. Dalam mikobakteria, sistem ini akan teraktif sekiranya di persekitaran mikobakteria mempunyai kepekatan ion Mg²�y ang rendah dan tidak akan teraktif pada persekitaran yang mempunyai kepekatan ion Mg²� yang tinggi. Oleh itu, kesan aktiviti perencatan yang lebih kuat akan berlaku pada persekitaran yang mempunyai kepekatan ion Mg²�yang rendah berbanding dengan yang tinggi. Di antara sebelas sampel bagi Anacardium occidentale (biji, daun dan kulit pokok), Alpinia galanga (biji, daun dan rizom) dan Eupatorium odoratum (daun) yang telah diuji dalam sistem ini, hanya ekstrak daripada ekstrak kasar, diklorometana dan heksana bagi rizom A. galanga pada kepekatan 100 mgml�¹ sahaja yang menunjukkan kesan aktiviti perencatan yang kuat terhadap Mycobacterium smegmatis mc²155, H8000 iaitu dengan saiz zon perencatan 34 mm, 36.5 mm dan 54.5 mm masing-masing pada kepekatan ion Mg²� yang rendah (20 μM). Kepekatan minimum yang diperlukan bagi ketigatiga ekstrak tersebut untuk merencat pertumbuhan H8000 ialah 25 mgml�¹. Ketiga-tiga ekstrak ini mempunyai kompaun aktif berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen anti-TB yang baru.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tuberculosis, mycobacterium, medicine, treatment, virulent
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Mar 2016 02:29
Last Modified: 30 Oct 2017 01:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12963

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository