Pengukuran dan pencirian kehilangan isyarat pada saluran dan gandingan gentian optik

Tiong, Calvin Inn Huat (2010) Pengukuran dan pencirian kehilangan isyarat pada saluran dan gandingan gentian optik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002790.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Gentian optik merupakan medium penghantaran utama dalam sistem komunikasi optik. Matlamat projek ini adalah mengkaji kesan pelemahan dan kehilangan isyarat yang wujud pada sepanjang gentian optik dan gandingan gentian optik. Kesan jenis gentian optik yang lebih sesual digunakan terhadap diod pemancar infrared yang digunakan dibandingkan. Selain itu, kehilangan isyarat ekstrinsik pada gandingan gentian optik berdasarkang erakana njakans isi dan gerakanp emisahanh ujung dikaji. Panjang gentian optik yang digunakan adalah dalam lingkungan 10 meter. Hubungan antara voltan dan arus pada pemancar, SO4201-9L dapat ditentukan dengan selaraskan meter upaya diod pemancar infrared. Sebelum menguji pelbagai modulasi, nilai voltan dan arus pada diod pemancar perlu dikaji dan ditentukan supaya isyarat yang dihantar adalah linear. Tanggapan frekuensi pada pemancar dan saluran penghantaran perlu disetkan, supaya tanggapan frekuensi pada saluran penghantaran adalah konsisten dan isyarat yang dihantar adalah linear. Pelemahan dan kehilangan isyarat diukur berdasarkan sepanjang gentian optik dan gandingan di antara gentian optik pada saluran penghantaran. Kehilangan isyarat pada gandingan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kehilangan isyarat pada sepanjang gentian optik untuk semua jenis gentian optik. Terdapat juga, gentian optik kaca adalah lebih sesuai digunakan path lingkungan infrared jika dibandingkan dengan gentian optik plastik. Di samping itu, gerakan pemisahan hujung menghasiikan kehilangan isyarat yang lebih kecil pada gandingan di antara dua gentian optik jika dibanding dengan gerakan anjakan sisi pada jarak pemisahan dalam mm yang sama. Kehilangan isyarat ekstrinsik pada gandingan bagi anjakan sisi gentian optik tidak bergantung kepada jenis gentian optik yang digunakan. Akhirnya, pelemahan dan kehilangan isyarat ekstrinsik pada gandingan bagi pemisahan hujung gentian optik kaca adalah lebih rendah jika dibanding dengan gentian optik plastik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fibre optic, signal, transmission line, coupling loss
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Mar 2016 02:46
Last Modified: 30 Oct 2017 02:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12981

Actions (login required)

View Item View Item