Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kg. Dewata, Lahad Datu, Sabah

Siti Hajar Samsuddin@Othman, (2009) Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah di kawasan Kg. Dewata, Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002882.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian Kg. Dewata, Lahad Datu Sabah terletak pada latitud 04° 54' U hingga 05° 00' U dan longitud 118° 04'T hingga 118° 09'T dengan keluasan 100km². Unit batuan ialah Batuan Dasar Berhablur berusia Kapur Pertengahan dan Iebih tua, Mafik-Ultramafik berusia Kapur Pertengahan, Chert-Spilit berusia Kapur Pertengahan dan Eosin Awal dan Endapan Aluvium berusia Kuaternari. Sampel tanah 1 mewakili aluvium yang diambil dari Sg. Dewata manakala Tanah 2 mewakili Batuan Ultrabes yang diambil dari Kuari Silam. Tanah 3 dan 4 mewakili Mafik-Ultramafik yang diambil dari Pacific Hardwood manakala Tanah 5 mewakili Batuan Dasar Berhablur yang diambil dari jalan menuju ke Lembah Danum. Dari segi topografi, kawasan ini kajian ini meliputi kawasan tanah tinggi (keseluruhan kawasan kajian) dan juga tanah rendah (Barat Daya). Kawasan kajian ini juga mengalami canggaan pada arah Timur Laut-Barat Daya. Dari segi geomorfologi pula, sistem saliran di kawasan kajian ini terdiri daripada pola saliran jenis reranting dan bermeander. Mafik-Ultramafik (Silam) merupakan tanah yang paling kuat iaitu taban terhadap daya tegasan dan kukuh berdasarkan kepada sifat kebolehtelapannya yang rendah (2.38 x 10�� m/s) dan juga kekuatan ricih maksima yang tinggi (57.86 kN/m²-60.60 kN/m²). Sampel tanah yang paling lemah pula ialah tanah aluvium S1 yang mempunyai kebolehtelapan yang tinggi (2.65 x 10�� mls) dan kekuatan ricih maksima yang rendah (1.86 kN/m²-1.93 kN/m²). Sampel tanah aluvium ini dikelaskan sebagai lembut dan tidak sesuai dalam bahan pembinaan berdasarkan kepada kekuatan ricihnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: rock unit, soil, construction
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 22 Apr 2016 05:34
Last Modified: 30 Oct 2017 02:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13027

Actions (login required)

View Item View Item