Geologi am dan sendimentologi sekitar Weston, Beaufort Sabah

Adrian Linus , (2011) Geologi am dan sendimentologi sekitar Weston, Beaufort Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
1120Kb

Abstract

Kawasan kajian dengan keluasan 100 Km² terletak di bahagian baratdaya pekanBeaufort. Kawasan kajian ini di sempadani oleh garis lintang 05°09' U hingga 05º14' U, dan garis bujur 115°36' T hingga 115º41' T. Kawasan kajian terdiri daripada tiga formasi, antaranya Formasi Crocker, Formasi Meligan dan Formasi uang. Setiap formasi ini telah dikaji dart aspek litologi, asosiasi fasies dan sekitaran pengendapan serta analisis petrografi. Formasi Crocker merupakan endapan laut dalam yang berkaitan dengan endapan turbidite Terdapat empat sekutuan fasies yang selalu di jumpai pada singkapan, iaitu alur, levee, migrasi lob dan progradasi lob. Namun pada kawasan kajian hanya tiga daripada sekutuan fasies ini tersingkap. Bagi Formasi Meligan pula, formasi ini merupakan endapan tepi pantai. Di mana endapan ini di pengaruhi oIeh pelbagai aktviti pantai. Endapan laut cetek mempunyai jujukan yang mengkasar ke atas. Formasi Liang pula merupakan endapan sungai yang di cirikan unit batuan konglomerat. Penentuan fasies bagi ketiga-tiga formasi ini adalah dengan pemerhatian unit batuan yang hadir pada singkapan. Daripada fasies ini, dapat di tentukan sekutuan fasies bagi singkapan-singkapan yang tersingkap, dan seterusnya dapat di tafsirkan sekitaran pengendapan bagi singkapan di kawasan kajian. Hasil daripada kajian, Formasi Crocker telah di endapankan di sekitaran kipas tengah. Bagi Formasi Meligan, singkapan ini di rumuskan hanya sebagai endapan laut cetek di sebabkan kekurangan struktur sedimen yang tersingkap. Perkara yang sarna pada Formasi Liang, iaitu endapan hanya dapat di tafsirkan sebagal endapan sungai aklbat daripada kekurangan data.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Rock formations , sediment , sedimentary environment
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13028
Deposited By:IR Admin
Deposited On:22 Apr 2016 13:34
Last Modified:22 Apr 2016 13:34

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository