Pengawetan Krio secara vitrifikasi biji benih & protokom Phalaenopsis gigantea

Low, Wan Chin (2008) Pengawetan Krio secara vitrifikasi biji benih & protokom Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002878.pdf

Download (682kB) | Preview

Abstract

Phalaenopsis gigantea merupakan orkid yang dikelaskan sebagai spesis yang terancam dalam Appendix II of the Convention on International Trade in Endangered Species (CITES). Oleh sebab itu, spesis perlu ditindungi dan dipelihara daripada kepupusan. Pengawetan krio merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memulihara bahan tumbuhan dalam penyimpanan jangka masa yang panjang. Dalam kajian ini, kaedah vitrifikasi digunakan untuk mengawet-krio biji benih dan protokom spesis ini. Protokol pengawetan krio kajian ini merangkumi pra-pertumbuhan, prakultur, rawatan pemuatan, rawatan dehidrasi dengan larutan vitrifikasi, penyimpanan dalam cecair nitrogen, penyahbekuan, rawatan penurunan, rawatan pencucian dan seterusnya percambahan semula. Kesan masa pra-pertumbuhan yang berbeza (0 hari - 10 hari) dan pengaruh media pra-kuttur dengan kepekatan sukrosa yang berlainan (0M - 0.6M) terhadap viabiliti biji benih telah dinilai. Kesan media percambahan yang ditambah dengan surfactant pada kepekatan yang berbeza terhadap percambahan semula biji benih setelah penyimpanan dalam cecair nitrogen telah dikaji. Selain itu, pengaruh masa prakultur yang berbeza dikaji terhadap viabiliti biji benih dan protokom. Kajian masa rawatan pemuatan yang berbeza turut dijalankan pada protokom. Ujian viabiliti ditentukan dengan dua kaedah iaitu analisis TTC dan ujian percambahan semula. Media prakultur dengan 0.3M sukrosa memberi nilai percambahan yang paling tinggi iaitu 8.3% ± 2.3% manakata media percambahan yang mengandungi surfactant menunjukkan percambahan yang paling tinggi dengan 6.3% ± 5.5% pada kepekatan 0.5% (w/v). Kesan masa pra-pertumbuhan dan prakuttur gagal dinilai. Hasil pertumbuhan biji benih yang diawet-krio terdiri daripada protokom, protokom baru dan kalus. Setain itu, protokom yang diawet-krio tidak menunjukkan kehidupan semasa pertumbuhan semula.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Phalaenopsis gigantea , Cryopreservation , Vitrification
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Apr 2016 02:57
Last Modified: 30 Oct 2017 02:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13030

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository