Kesan pelabelan pemakanan pada menu makanan segera ke atas pilihan item menu oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah: satu kajian simulasi

Vignesvary Sundrasingran, (2014) Kesan pelabelan pemakanan pada menu makanan segera ke atas pilihan item menu oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah: satu kajian simulasi. Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
860Kb

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan pelabelan pemakanan pada menu makanan segera ke atas jumlah kalori item yang dipilih oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus induk. Tahap pengetahuan pemakanan, sikap dan amalan penggunaan label pemakanan serta hubungan di antara pengetahuan pemakanan, sikap, dan amalan penggunaan label pemakanan dengan jumlah kalori item dipilih dikenal pasti. Sebanyak 240 orang responden terdiri daripada pelajar UMS yang makan makanan segera dalam tempoh 3 bulan yang lepas dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan berstrata. Responden ditentukan secara rawak kepada satu menu sama ada dengan (1) tiada pelabelan; (2) pelabelan kilokalori; (3) pelabelan kilokalori dengan lampu isyarat; atau (4) pelabelan kilokalori dengan tahap aktiviti fizikal. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam min jumlah kalori item yang dipilih di antara kumpulan menu dengan jenis pelabelan (p=0.492, ujian ANOVA). Tiada perbezaan dari segi kefahaman persembahan maklumat pemakanan, kesenangan menggunakan maklumat pemakanan dan pengaruh pelabelan pemakanan semasa membuat pilihan item di antara menu dengan tiga jenis pelabelan yang dikaji. 57.5% responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah, 60.4% responden mempunyai sikap penggunaan label yang sederhana dan 55.4% responden mempunyai amalan penggunaan label yang sederhana. Pengetahuan pemakanan, sikap dan amalan penggunaan label pemakanan tidak mempunyai perkaitan dengan min jumlah kalori item yang dipilih oleh responden. Kesimpulannya, tahap pengetahuan pemakanan, sikap dan penggunaan label pemakanan responden tidak mempunyai hubungan dengan jumlah kalori item yang dipilih dari menu tidak kira sama ada menu tersebut memaparkan maklumat pemakanan atau tidak.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Nutrition labeling , fast food menu , ANOVA test , calorie items
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
ID Code:13142
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 May 2016 13:18
Last Modified:16 May 2016 13:18

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository