Kesan perbezaan suhu simpanan terhadap kualiti hati ayam segar, dingin dan sejuk-beku

Chong, Shuat Lee (2015) Kesan perbezaan suhu simpanan terhadap kualiti hati ayam segar, dingin dan sejuk-beku. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002966.pdf

Download (689kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan dan membandingkan kesan suhu penyimpanan hati ayam pada suhu simpanan yang berbaza dari segi fizikokimia, penilaian sensori dan analisa mikrobiologi; menentukan kaedah penyimpanan yang berkesan dan juga memanjangkan jangka hayat hati ayam serta menentukan kaedah penyimpanan yang sesuai untuk mengekalkan kualiti hati ayam. Kaedah penyimpanan hati ayam pada suhu bilik (24°C), suhu dingin (4°C) dan suhu sejukbeku (-18°C) telah dijalankan dalam kajian ini dengan menggunakan hati ayam segar dan hati ayam segar dicelur. Keputusan sampel hati ayam daripada tiga jenis kaedah penyimpanan analisis varians satu hala (ANOVA) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan (p<O.05) dari segi nilai pH, kandungan protein, kandungan lemak, kandungan abu dan kandungan kelembapan. Keputusan ujian-T menunjukkan perbezaan signifikan (p<O.05) dari segi warna L * dan a*, nilai pH dan tekstur kecuali analisa proksimat bagi sampel hati ayam segar dan hati ayam dicelur. Keputusan analisa sensori menunjukkan hati ayam yang paling digemari adalah hati ayam yang segar dibeli daripada pasaran berbanding dengan hati ayam yang disejuk dan disejukbeku. Jangka hayat hati ayam dapat dipanjangkan dengan kaedah penyimpanan di bawah suhu sejuk-beku dan penggunaan kaedah penceluran. Kaedah celur perlu dipertingkatkan supaya sifat fizikokimia dan kualiti sensori hati ayam dapat dikekalkan dalam kajian lanjutan. Keputusan daripada kajian ini menyokong hipotesis alternatif di mana terdapat perbezaan yang signifikan di antara kualiti hati ayam segar, dingin dan sejuk-beku.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Physicochemical ,chicken liver , ANOVA
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 May 2016 05:18
Last Modified: 30 Oct 2017 02:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13146

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository