Potensi adamelit dalam merawat saliran asid lombong

Izni Izzati Mohamad, (2011) Potensi adamelit dalam merawat saliran asid lombong. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
8Mb

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahul potensi batuan adamelit dalam merawat saliran asid lombong. Sampel air saliran asid lombong daripada Lombong Tembaga Mamut, Ranau Sabah telah dikaji. Terdapat dua faktor telah dikaji yang mempengaruhi kadar kenaikan pH air iairu jumlah masa eksperimen dan nisbah jumlah air terhadap jumlah batuan yang digunakan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah aliran perigi dan kaedah liang terbuka. Terdapat dua jenis saiz batuan telah digunakan iaitu ketulan batuan dan serbuk batuan. Keputusan kajian menunjukkan kadar kenaikan pH adalah berkadar langsung terhadap pertambahan jumlah masa eksperimen serta pengurangan nisbah jumlah air terhadap jumlah batuan yang digunakan. Serbuk batuan adalah lebih berkesan berbanding bahan peneutral ketulan batuan dalam merawat saliran asid lombong. Teknik aliran perigi adalah lebih sesuai digunakan bagi eksperimen yang melibatkan jangka masa panjang dan teknik liang terbuka adalah lebih efektif dalam merawat bagi jangka masa yang singkat atas faktor-faktor mendapan logam ke atas bahan peneutral. Secara keseluruhannya, batuan adamelit mempunyai potensi dalam merawat saliran asid lombong dengan kaedah perancangan dan pengurusan yang betul.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:adamellite rock, add mine drainage, Mamut Copper Mine, nutshell
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13171
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 May 2016 13:34
Last Modified:18 May 2016 13:34

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository