Penilaian kualiti air untuk ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Serusup Tuaran, Sabah

Muhammad Afiq Norddin, (2010) Penilaian kualiti air untuk ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Serusup Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002830.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti air di Kampung Serusup Tuaran, Sabah bagi meningkatkan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar. Kaedah perlaksanaan ialah dengan mengambil sampel air di stesen 1 (N 06°14' E 116° 13'), stesen 2 (N 06° 14', E 116° 13') dan stesen 3 (N 06° 15', E 116° 14') Persampelan dilakukan dua kali. Sampel yang diambil adalah semasa air pasang dan air surut pada kedalaman berbeza iaitu permukaan, tengah, dasar Data yang diperoleh di analisis di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Parameter yang dinilai ialah kedalaman air, kelajuan arus, jumlah pepejal terampal, jumlah pepejal tertarut, suhu air, arah pergerakan arus, saliniti, oksigen terl a rut, pH, Ammonia-nitrogen, Nitrit-Nitrogen, Nitrat-Nitrogen, Ortofosfat dan taburan fitoplankton. Keputusan data ialah kedalaman air (11-6m), kelajuan arus (30-44cm/saat) jumlah pepejal terampai (0.01- 0.05mg/L), jumlah pepejal terlarut (23-24mg/l), suhu air (28-30ºC), arah pergerakan arus normal, saliniti (30-31P5U), oksigen tertarut (3-smg/l), pH(8), Ammonia-nitrogen (0.2-0.3mg/L), Nitrit-Nitrogen (0.05-0.08mg/L), Nitrat-Nitrogen (0.5-0.8 mg/l), Ortofosfat (0.08-0.1mg/l) dan taburan fitoplankton (kehadiran HAB Ceratium fusus, Ceratium furea dan Dlnophysis caudata). Kesimpulan daripada kajian ini kawasan sungai Kampung Serusup adalah tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai temakan ikan dalam sangkar disebabkan oleh kehadiran spesies HAB.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water quality, fish cage culture, IPMB, tide
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 18 May 2016 07:53
Last Modified: 30 Oct 2017 02:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13188

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository